View: 617|Reply: 3
|
KPDNHEP Diminta Senaraikan Jenama Minyak Masak Yang Diturunkan Harga
[Copy link]
|
|
Sebahagian besar pasaraya di Melaka dilihat mematuhi penguatkuasaan harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol lima kilogram (5kg) yang mulai hari ini dijual pada harga baharu iaitu RM34.70 sebotol.
Tinjauan mendapati pasaraya tidak lagi menjual minyak tersebut pada harga sebelum ini antara RM39 hingga RM42 sebelum pelaksanaan harga baru RM34.70 yang ditetapkan kerajaan bermula semalam sehingga bulan depan.
MalaysiaKini
Walaupun harga baharu minyak masak sawit RM34.70, namun terdapat juga pasaraya di Peringgit menjualnya lebih rendah iaitu RM34.69.
Bagi minyak masak campur 5kg yang tidak termasuk dalam penguatkuasaan harga maksimum pula dilihat masih kekal pada harga antara RM45.29 hingga RM47.29 sebotol.
Bagi seorang pengguna, Noorsuliana Ujang, 36, dari Paya Luboh, Tangga Batu meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan senarai minyak sawit tulen yang diturunkan harga itu.
Noorsuliana Ujang
Menurutnya, senarai itu amat perlu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti jenama minyak masak tersebut dan tidak tersalah pilih minyak masak yang tidak dikawal harganya.
“Kalau di pasaraya kita keliru kerana banyak sangat jenama minyak masak di rak serta bercampur-campur dengan lain. Sekurang-kurangnya bila tahu jenamanya mudah untuk kita membelinya,” ujarnya.
Katanya, penguatkuasaan harga baharu minyak masak tersebut sedikit melegakan walaupun harga tersebut dianggap masih tinggi bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
xkuas nk bg...yg murah kita sokonggg |
|
|
|
|
|
|
|
friska warga asing dan madu jusa c minus warga asing .. dia xblh beli minyak masak. siapa nampak dia beli tolong report kt kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Tak beza pun rm34.70 dan rm34.69
|
|
|
|
|
|
|
| |
|