View: 988|Reply: 10
|
[Jenayah]
Zahid Hamidi mahu kerajaan bijak tangani isu LCS bukan makamah netizen!
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang namanya terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.
Bekas Menteri Pertahanan itu berkata isu LCS mendapat perhatian orang ramai dan mendapat perhatian dalam media sosial untuk disensasikan walaupun fakta tidak tepat, ia selepas pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu lepas berhubung kepincangan dalam projek itu.
“Memang netizen cenderung suka perkara sensasi. Namun setiap fakta dan data perlulah diketahui secara lebih jelas dan tepat.
“Zaman netizen menjadi peguam dan hakim di jabatan netizen adalah zaman baharu selepas kepesatan teknologi mewabak hingga berlaku kekeliruan.
“Kekeliruan adalah disebabkan tidak dapat membezakan di antara yang palsu dan benar,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.
Untuk rekod, projek LCS tersebut diluluskan semasa era Zahid menjadi Menteri Pertahanan pada 2011 bernilai RM9 bilion tetapi sehingga hari ini tiada satu kapal yang berjaya disiapkan.
Zahid berkata kerajaan perlu memberikan penjelasan yang menyeluruh kerana projek tersebut pernah cuba dihentikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
“Justeru pihak berkuasa dan kerajaan perlu memberikan perspektif yang menyeluruh. Asasnya apabila PH mengambil alih kerajaan dan cuba hentikan projek tersebut,” katanya lagi.
Dalam kenyataan itu lagi, Zahid juga berkata penukaran reka bentuk LCS walaupun tidak dipersetujui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibuat atas alasan perubahan baharu dan lama yang perlu diberi penjelasan kepada pihak awam.
“Isu platform Sigma atau Gowind adalah produk lama dan baharu yang pihak terlibat lebih tahu dan perlu pencerahan kepada pihak awam,” katanya.
Zahid mungkin cuba merujuk pendedahan dalam laporan PAC berhubung tindakan Menteri Pertahanan yang tidak menghiraukan surat daripada TLDM berhubung isu penukaran reka bentuk kapal yang dibuat tanpa mengambil kira pandangan pengguna akhir.
Menurutnya lagi, jika penjelasan diberikan kepada umum berhubung LCS ia dibimbangi akan menjejaskan aspek keselamatan negara tetapi menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana supaya tidak ditenggalami oleh mahkamah netizen.
“Justeru, pihak kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih bijaksana dan telus supaya tidak tenggelam oleh mahkamah netizen.
“Sekali lagi diseru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan,” katanya lagi.
Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.
Isu LCS menjadi panas apabila PAC baru-baru ini, mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan selepas dua tahun disiasat.
PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.
Mengikut PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak apa yg dia kata, korang semua jangan dok tuduh2 kalau takde bukti |
|
|
|
|
|
|
|
kiki wak jahit takut dengan kekuatan netizen membongkar kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
kronologi hasutan/fitnahan:
1) mula2 mestilah gempak punya.. 9 bilion hilang wei.. dapat kapal halimunan/blueprint je (ramai acik masih stuck dekat sini)
2) bila dijelaskan yang no.1, downgrade hasutan kepada "eh asalnya 6 bilion je.. nape jadi 9 bilion? 3 bilion songlap ke?"
3) bila no.2 dah kantoi, tukar pulak tanya "timbangan beb.. timbangan.." yang ni bangkem tak tahu macam mana nak hurai sebab bangkem pon tak tau apa ntah kaitan dengan timbangan
4) bila sedar kebodohan hasutan no.3, mereka tanya pulak "eh takkan baru satu yang dibina.. mana lagi 5 bijik?"
5) bila dah jawab yang 5 bijik dibina serentak, dorang alih konar jauh pergi buat fitnah kapal yang dirasmi tu cuma replika..
6) bila kantoi no.5 yakni bukan kapal replika, tapi cuma tiang replika, dorang kelentong lagi tanya "eh takkan tiang kayu harga sampai 400k"
7) kantoi lagi pepandai assume tiang kayu, dorang tanya pulak besi buruk tiang tu jual katne
8) bila kantoi situ, dorang putar balik kepada skrip asal, tanya "eh mana ada tangguh.. ni elok je progress"
9) pastu ngaku pulak ada tangguh sebab payment tak dapat (sebab PRU14)
10) kantoi lagi rupanya KERAjaan PH yang tak sambung bayaran
camtu lah.. tapi kesimpulannya, majoriti acik2 masih stuck dekat fitnahan pertama.. korang tengok sendiri la di fesbuk, whatsapp, telegram dan even dalam forum ni pon masih ramai yang ingat projek ni masih belum jalan, cuma atas kertas je/blueprint je (tengok komen random user terkini yang bangkem reply)..
inilah yang penghasut nak.. mereka tahu acik2 malas membaca dan senang termakan hasutan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah najibun pun sikit2 buat mhkmh fesbuk nk wat lagu mana? Bila sampai court semedang x ingat apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat mati itu semakin dekat, yg bijak kumpul pahala, yg bangsat kumpul dosa...miskin di dunia, muflis diakhirat...kosser nak menjaja dosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Salahkan najib lah..berbelas posting kat fb pasal kapal je dh kenapa? Gelabah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
trial dia ni yang tak pernah2 settle.. asyik2 ada ja yg kena covid |
|
|
|
|
|
|
|
kan... terdesak nk kuasa balik tu. kak mah dh confident kat blkg menang PRU 15 boleh la sakau lg duit billion2. dan wak jahit bole gi mekah tiap thn tanpa perlu mintak paspot dr imigresen
Makin mendunialah k long kesayangan
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan gelabah tapi terpaksa jawab sebab berbelas posting kat media, kat tik tok yg menghentam dan mengaitkannya....sekarang jawaplah balik apa yg dia posting, jangan terus senyap sepi aje....
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 10-8-2022 09:09 AM
bukan gelabah tapi terpaksa jawab sebab berbelas posting kat media, kat tik tok yg menghentam dan ...
jawab kat parlimen la..jawab kat fb..lepas tu wak ponorogo dok hairan pasal apa netizen kecoh sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|