View: 924|Reply: 0
|
Dhabitah syukur dua perak, satu gangsa
[Copy link]
|
|
DHABITAH bersama pingatnya. FOTO FB Nur Dhabitah Sabri
Kuala Lumpur: Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri tetap berpuas hati dengan kejayaannya meraih dua pingat perak dan satu gangsa di temasya Sukan Komanwel Birmingham kali ini.
Nur Dhabitah yang membuat penampilan ketiganya dalam Sukan Komanwel mengakui, temasya kali ini begitu mencabar apabila mereka terpaksa berhempas pulas sepanjang tiga hari berturut-turut.
Bagaimanapun, dia bersyukur apabila seluruh kem terjun negara tetap memberikannya sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.
"Dua perak dan dan gangsa. Apa lagi yang boleh saya katakan? Jadi, sangat bersyukur untuk segala-galanya. Memang mencabar untuk bersaing selama 3 hari berturut-turut.
"Saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai pasukan yang boleh menceriakan saya sepanjang pertandingan saya. Kami benar-benar berikan apa yang kami semua ada dalam kejohanan ini," katanya dalam satu hantaran di laman sosial miliknya.
Atlet berusia 23 tahun itu juga menitipkan ucapan terima kasih buat rakan senegaranya iaitu Datuk Pandelela Rinong kerana menjadi pasangan yang sentiasa memahaminya.
Dalam masa sama, Nur Dhabitah turut menghargai sokongan diberikan kepadanya dan berjanji akan kembali dengan prestasi lebih cemerlang.
"Kepada Datuk Pandelela Rinong, terima kasih kerana menjadi pasangan yang memahami. Ada beberapa perkara saya harap saya boleh lakukan dengan lebih baik tetapi nasib tidak menyebelahi kita.
"Terima kasih semua di atas kasih sayang dan sokongan yang anda berikan kepada pasukan terjun Malaysia. Saya akan terus bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya.
Untuk rekod, Nur Dhabitah meraih perak bagi acara 3 meter (m) papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama bergandingan bersama Wendy Ng Yan Yee.
Manakala gangsa diraih menerusi acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Muhammad Syafiq Puteh.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-perak-satu-gangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|