CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1361|Reply: 10

[Politik] Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Nazlan

[Copy link]
Post time 9-8-2022 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Nazlan


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd.

Najib menarik balik dakwaan itu menerusi afidavitnya, yang difailkan di Mahkamah Persekutuan, Jumaat lalu, menerusi firma guaman yang baru dilantik, Messrs Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

Menurut afidavit itu, Najib menyatakan "untuk rekod, saya secara mutlak menarik balik apa-apa tafsiran kepada apa yang saya nyatakan yang mungkin dianggap membawa maksud bahawa Yang Arif Mohd Nazlan sudah disiasat atas kemungkinan rasuah".

Najib mengulangi perkara itu di perenggan lain dengan menyatakan, "berkenaan dakwaan rasuah, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya menarik baliknya".

Berikutan dakwaan itu, Mohd Nazlan pada 21 April lalu membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan terbabit.

Laporan polis itu dibuat supaya siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan yang serius membabitkan hakim terbabit dan atas sebab itu, beliau memohon supaya kes itu dibicarakan semula.

Menerusi afidavit berkenaan, Najib berkata, dokumen yang ditemui pada 7 Julai 2022, menunjukkan Mohd Nazlan mengambil bahagian dalam perbincangan dan membuat keputusan kemudahan pinjaman sebanyak RM4.17 bilion kepada 1MDB untuk pengambilaliham Tanjong Energy.

"Oleh itu, ia adalah terbukti bahawa Yang Arif Mohd Nazlan terbabit secara rapat dalam kemudahan pinjaman yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pembabitan Yang Arif Nazlan dalam transaksi yang diliputi

dalam kes 1MDB dan persamaan antara kes itu dan kes SRC adalah faktor

relevan yang menunjukkan konflik kepentingan dan sepatutnya menyebabkan penarikan dirinya sejak dari permulaan.

"Kegagalan untuk menarik diri walaupun Yang Arif sudah hilang kelayakan untuk menghakimi kes ini mewajarkan perbicaraan semula kes SRC," katanya.

Najib berkata demikian ketika menjawab afidavit pendakwaan pada 21 Julai, yang mengatakan pengetahuan peribadi Najib mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Mohd Nazlan tidak semestinya benar kerana agensi penguatkuasa bebas itu tidak akan mendedahkan maklumat sulit berkaitan siasatan yang sedang berlangsung.

Pendakwaan baru-baru ini menyatakan, dakwaan Najib terhadap Mohd Nazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, adalah percubaan terdesak untuk membatalkan perbicaraan kes itu.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas semua tujuh pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah Rayuan, pada 8 Disember tahun lalu, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana melakukan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... uah-terhadap-nazlan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
U-turn pulak dah Gitchew lahhhh! Just smoke but no fire!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 05:52 AM | Show all posts
Good try najib..
baju dah pack ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:12 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 10-8-2022 12:36 AM
U-turn pulak dah  Gitchew lahhhh! Just smoke but no fire!

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan yang serius membabitkan hakim terbabit dan atas sebab itu, beliau memohon supaya kes itu dibicarakan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 10-8-2022 09:12 AM
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan ya ...

Dh dibagi peluang suh buktikan tarik balik pulak? Sejenis yg suka menyusahkan org lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan yang serius membabitkan hakim terbabit dan atas sebab itu, beliau memohon supaya kes itu dibicarakan semula.....


....@rashiman dh blh buatkan mhkmh utk najibun la mcm nih....sendiri dakwa .. sendiri bela, sendiri hukum, sendiri tarik balik...ulang2 sampai ajm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 10:15 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 10-8-2022 10:16 AM

Firenzza replied at 10-8-2022 09:24 AM
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan yang
.....ulang2 sampai ajm




mungkin boleh sampai PM10.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:57 AM | Show all posts
kenapalah xde yg telus ikhlas menolong rakyat kan....
semua berkepentingan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
okay ini mmg lawak
sbb Nazlan dah naik pangkat ke COA ke maka tarik balik pertuduhan tu
tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
berani dkt FB jelah najib ni. saman dkt mahkamah la dei!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:35 AM | Show all posts
PM FB kenapa tu?? takut keeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.588725 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list