CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 9

[Tempatan] Bendung Warga China yang tinggal lebih masa di Malaysia sebelum jadi 'barah'

[Copy link]
Post time 10-8-2022 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-8-2022 02:03 PM

BARU-BARU ini sebuah televisyen swasta menyiarkan berita terdapat lebih 1.2 juta warga China yang tiada rekod keluar selepas memasuki negara ini. Sementara rekod Jabatan Imigresen pula menyatakan warga China yang masuk ke negara ini dari 2018 hingga 2021 adalah lebih tujuh juta orang dengan hanya lima juta keluar semula, manakala lebih sejuta orang tidak mempunyai rekod keluar dan tidak dapat dikesan.

Jika mengikut undang-undang imigresen atas lawatan sosial atau pelancong sepatutnya mereka hanya dibenarkan berada tidak lebih dari enam bulan. Namun, jika kedatangan mereka atas permit kerja sepatutnya hanya untuk tempoh dua tahun dan perlu diperbaharui jika ingin terus bekerja.

Keadaan ini adalah sesuatu yang agak pelik dan menghairankan bahkan boleh menjadi ancaman kepada negara dalam pelbagai bentuk yang kita tidak ketahui. Ancaman mungkin dapat dilihat dan dirasai dalam jangka masa panjang.

Persoalannya adakah penguatkuasaan kita terlalu lemah, longgar ataupun memang tidak ada pemantauan sementara syarat-syarat kemasukan ke negara ini pula terlalu longgar dan mudah bagi visa lawatan dan lain-lain?

Kedatangan warga China ke Malaysia memang dialu-alukan terutama dalam sektor pelancongan, pendidikan dan pekerjaan. Namun, apabila wujudnya sejumlah besar yang gagal dikesan boleh menimbulkan rasa curiga seolah-olah mereka ada niat tersirat dan boleh menjadi ancaman kepada keselamatan, ekonomi dan politik negara.

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang menjadi perisik dan bersembunyi serta menyamar di merata tempat. Kita sendiri tidak dapat bezakan bangsa Cina rakyat tempatan atau dari China berdasarkan bentuk fizikal.

Pihak berkuasa sepatutnya membuat pemantauan, risikan, serbuan dan pemeriksaan di tempat-tempat disyaki seperti kondominium, pangsapuri, kilang, gudang sama ada yang beroperasi secara sah atau haram.  Ini kerana dikhuatiri mereka bersembunyi di premis-premis terbabit.

Justeru, pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus berhati-hati dengan mengawal lebih ketat dari segi pemberian kad pengenalan dan visa kepada warga China dan sewajarnya dihadkan jumlah visa lawatan dalam satu-satu masa. Jika kuota visa penuh dan tiada rekod pelawat keluar dari negara ini maka pengeluaran visa perlu dihentikan sementara menunggu kekosongan.

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/08/jangan-ambil-remeh-isu-kemasukan-warga-china/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Andai kata 1.2j ni semua sbhgn spy or askar2 china yg diorg war2kan dah berselerak1 dunia agak2 apa jd?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rohingya pati pandai kan korang kira ni mcm mana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Penang baaanyaak wei puak2 ni..naik rimas la bila nk cakap dgn depa..cakap English xpaham mandarin xpahan..mau yg cakap hokkian hello bukan tiap masa ada staff yg boleh entertain depa ni..dh la berapa kerat ja kelig aii yg boleh cakap hokian..mmg nyampah puak2 ni..depa kat shopping bawak duit d beg plastic tau..note rm50 100..syiling langsung xdak.. balance duit xmoo ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dapat ic biru ke yg 1.2 juta ni? dah layak ngundi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 06:47 PM | Show all posts
something wrong happen with our imigresen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah bersepah pun. Menyamar jadi cina sini siap bukak bisness street food. Cara cakap pun lain. Nak mintak cek ic pun susah lainler muka2 indon rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 10-8-2022 11:51 AM
Memang dah bersepah pun. Menyamar jadi cina sini siap bukak bisness street food. Cara cakap pun lain ...

Cina PRC senang kenal. Muka tak Malaysian lansung memang ketara muka orang luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Do something la imigresen!!!! Patut je sape yang masukkan depa ni kena tembak mati sebab pengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada lagi insiden cirit tengah jalan kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065068 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list