Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas melompat keluar dari sebuah kenderaan di kota Pagaralam, Sumatera Selatan.
Lapor Kompas.com, Ketua Polis Pagaralam, Arif Harsono berkata, mangsa nekad mengambil tindakan itu selepas diancam dengan senjata tajam akibat menolak pelawaan melakukan seks dengan seorang lelaki berusia 31 tahun.
Hiasan
“Pada mulanya, pelaku mengajak mangsa melakukan seks di dalam kereta. Namun, mangsa menolak dan menggigit tangan suspek sebelum membuka pintu kenderaan tersebut.
“Wanita itu berjaya melompat keluar dari kenderaan dan akhirnya meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas dibawa ke hospital,” katanya.
Menurut Arif, mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Michat.
Katanya, Riki kemudian menawarkan mangsa melakukan seks dengan persetujuan harga sebanyak sejuta rupiah (RM299).
“Selepas suspek mengirimkan wang tersebut ke dalam akaun bank mangsa, wanita itu menolak ajakan melakukan seks hingga membuatkan lelaki itu marah.
“Suspek kemudian mengacukan pisau dan mengugut mangsa,” katanya.