View: 930|Reply: 3
|
Keluarga Buang Wanita Tua Tepi Lebuh Raya, Diletakkan Dalam Kotak
[Copy link]
|
|
Mexico City: Sungguh menyentuh hati apabila seorang warga emas di Mexico ditemukan hidup terbiar di dalam kotak.
Lebih menyedihkan, wanita itu, ditinggalkan di tepi lebuh raya, Puebla tanpa sebarang makanan dan hanya dibiarkan berselimut, di dalam kotak berkenaan.
Warga emas itu ditemukan oleh individu yang menetap di kawasan kejiranan Joaquín Colombres.
Foto: Agensi
Menurut media tempatan, wanita itu dikatakan dilihat merayau-rayau di luar kawasan perniagaan pada 25 Disember lalu.
Keadaannya yang lemah membimbangkan penduduk tempatan dan mereka kemudian meminta bantuan perkhidmatan kecemasan.
Selepas penemuannya, roti dan kopi diberikan kepada wanita itu yang kelaparan akibat sudah lama tidak makan.
Kakitangan dari Sistem Perbandaran DIF tiba di tempat kejadian dimaklumkan warga emas itu, keluarganya sendiri sengaja meninggalkannya.
Wanita itu kini mendapat perlindungan di pusat kemudahan DIF.
Bagaimanapun, punca pengabaian wanita di Mexico ini masih tidak diketahui.
Dikenali sebagai 'lambakan nenek', fenomena itu biasa dilihat di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 100,000 warga emas 'ditinggalkan' setiap tahun.
Puncanya adalah kekurangan kewangan untuk membayar penjagaan mereka atau keengganan waris terdekat untuk membantu.
Di United Kingdom, purata kos sara hidup mingguan di rumah jagaan kediaman ialah 704 pound sterling (RM3,791.03), manakala kos purata rumah jagaan adalah 888 pound sterling (RM4,781.87) seminggu.
Purata kos bulanan penjagaan kediaman ialah 2,816 pound sterling (RM15,164.14) dan rawatan jururawat di rumah jagaan dengan purata kos 3,552 pound sterling (RM19,127.49).
Yuran penjaga secara langsung kira-kira 900 pound sterling (RM4,846.49) hingga 1,400 pound sterling (RM7,538.99) setiap minggu, namun jumlahnya boleh meningkat sehingga 2,000 pound sterling (RM10,769.98) seminggu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya bila dah tua. Tak tau apa jadi pada aku pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kaka dh komen kan malaysia menuju hari tua? epf pengeluaran kaka pernah bising kan? so kena hadap benda ni . 70% epf pencarum baki duit simpanan sangat rendah. kaka bising during covid lockdown i sinar i citra
apa kerajaan boleh buat , buat satu social kredit atau welfare centre yang mana subsidize by gov dan duit dipotong melalui potongan gaji.
kat welfare centre ada macam2 aktiviti. kt malaysia ada tapi lebih kepada anak berduit dan hantar kepada pusat orang tua swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 10-8-2022 01:06 PM
kaka dh komen kan malaysia menuju hari tua? epf pengeluaran kaka pernah bising kan? so kena hadap be ...
Aiol pun nak tinggal rumah orang tua yang bagus jika sempat tua tak mati muda. Senang anak2 aiol nanti takyah susah2 nak jaga aiol. Aiol pon takyah susah hati sakit kepala tengok perangai tak semenggah mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|