View: 864|Reply: 0
|
[Politik]
Jamal Yunos dilepas dan dibebaskan
[Copy link]
|
|
Jamal Yunos dilepas dan dibebaskan
JAMAL. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen Ampang hari ini melepas dan membebaskan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook, dua tahun lalu.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal di akhir kes pendakwaan.
Jamal, 52, dituduh dengan sengaja memuat naik dua video dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang dilihat pada tengah hari, 20 Ogos 2020, di Taman Dagang Avenue, Ampang dekat sini.
Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook menggunakan profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pada 10 pagi dan 3 petang, 19 Ogos 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman manakala peguam Mohd Hafizuddin Khan Norkhan mewakili Jamal.
Pihak pendakwaan menutup kesnya pada Julai lalu selepas mengemukakan tiga saksi sepanjang perbicaraan yang bermula Mei tahun lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epas-dan-dibebaskan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|