CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

Tak Suka Sunyi, Lelaki Tua Dah Hidap Parkinson Pun Gigih Nak Cari Isteri Nombor 9

[Copy link]
Post time 11-8-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Ron Sheppard, 74, gigih mencari cinta selepas berpisah dengan isterinya yang kelapan kira-kira lima tahun lalu.


Walaupun sudah lapan kali berkahwin, Ron yang menghidap penyakit parkinson berkata dia tidak pernah putus asa dalam bercinta.


"Saya tidak suka bersendirian, saya hanya mahukan teman. Saya ingin mencari seseorang yang boleh berbual dengan baik, yang akan menyokong saya dan pergi ke mana-mana dengan saya," ujarnya.


Foto: The Sun




Dedah Ron, perkahwinannya yang paling lama berlangsung selama 13 tahun manakala yang paling singkat hanya bertahan selama 10 bulan sahaja.


Dia pertama kali berkahwin pada 1966, mempunyai lapan anak dan 13 cicit hasil perkongsian hidup dengan lapan wanita.


Dia yang tinggal di Somerton, Somerset, kini dalam proses untuk melancarkan buku kedua berjudul The Wife Collector.


Pada tahun 2014, dia juga pernah menerbitkan autobiografi berjudul Lord of the Weddings.


Pada 2019, dia bertunang dengan seorang wanita Amerika namun hubungan itu putus kerana tiada keserasian.-CARI


Sumber: mStar/ The Sun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.230201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list