CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 788|Reply: 5

Rakyat UK Bakal Terjerumus Dalam Kemiskinan, Tak Mampu Bayar Bil Elektrik

[Copy link]
Post time 11-8-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Hampir satu pertiga isi rumah di United Kingdom (UK) bakal terjerumus ke dalam kemiskinan pada musim sejuk ini selepas terpaksa membayar bil elektrik yang melambung tinggi.


Ini kerana menurut beberapa aktivis, tarif elektrik dijangka meningkat semula pada Januari depan.


Menurut Cornwall Insight, purata bil elektrik isi rumah dijangka mencecah 3,582 pound (RM19,291) setahun dari bulan Oktober dan 4,266 pound (RM22,976) dari Januari bersamaan kira-kira 355 pound (RM1,912) sebulan, lapor BBC.




Protes Birmingham ketika Britain menghadapi krisis kos sara hidup terbesar dalam beberapa dekad. - Foto: Getty Images




Ramalan bagi Januari itu mewakili peningkatan sebanyak 116 peratus dalam bil elektrik berbanding tarif semasa.


Berdasarkan laporan End Fuel Poverty Coalition (EFPC), kira-kira 10.5 juta isi rumah bakal berada dalam kategori `kemiskinan bahan api’ bagi tempoh tiga bulan pertama tahun depan.


Ini bermakna pendapatan golongan itu akan jatuh di bawah paras kemiskinan selepas membayar bil elektrik mereka.


Berdasarkan statistik rasmi, pendapatan isi rumah kurang daripada 60 peratus daripada median UK iaitu sebanyak 31,000 pound (RM166,957) ditakrifkan sebagai kemiskinan pada 2021.  


Anggaran menjadi `tidak menentu dan stabil’ ketika harga bahan api semakin meningkat.


Minggu lalu, Cornwall Insight meramalkan tarif elektrik bagi bulan Januari akan meningkat sebanyak 83 peratus berbanding bil semasa.


Firma penyelidikan memaklumkan pihaknya terpaksa menyemak semula datanya disebabkan lonjakan harga borong bahan api dan perubahan dalam cara pengawal selia UK mengira had harganya.


Bagaimanapun, firma itu menjangkakan tarif elektrik akan mula menurun pada separuh kedua 2023.


Harga bahan api mula meningkat sejak tahun lalu ketika krisis bekalan gas asli global menaikkan harga borong sehingga ke paras tertinggi.


Pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak Februari lalu turut memburukkan lagi keadaan.


Purata bil elektrik isi rumah UK dilaporkan meningkat sebanyak 54 peratus pada tahun ini.


Situasi itu menjejaskan lagi krisis kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan penduduk Britain.


Pada Mei lalu, kerajaan Britain mengumumkan pakej bantuan berjumlah 15 bilion pound (RM80.78 bilion) termasuk bantuan kewangan sebanyak 400 pound (RM2,154) kepada 29 juta isi rumah bermula Oktober depan.


Bantuan kewangan itu bagi meringankan beban rakyat yang tidak mampu membayar bil elektrik.


Sementara itu, penyelaras EFPC, Simon Francis berpandangan bantuan kewangan sedemikian tidak lagi relevan mengikut keadaan semasa dan anggaran baharu.  


“Bantuan kewangan yang bakal diagihkan kepada isi rumah mungkin tidak mencukupi berdasarkan anggaran harga terkini itu,” katanya.




Sumber: Utusan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 11:09 AM | Show all posts
Welfare yang komer dapat tu cukup ker nak hidup sebulan? Mak tak caye, noks
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:07 PM | Show all posts
sementara itu ramai ummah meleis memuji gomen UK sambil berkira-kira nak berhijrah ke negara penjajah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
best ke London tu uuu? sbb haku x pernah jerjak UK n ramai ummah maleis suka sgt g London... haku kalo dpt g London pun haku peghak jugak agak nyer... tp haku suka tgk view small kg cikit sbb cantik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:44 PM | Show all posts
Pada Mei lalu, kerajaan Britain mengumumkan pakej bantuan berjumlah 15 bilion pound (RM80.78 bilion) termasuk bantuan kewangan sebanyak 400 pound (RM2,154) kepada 29 juta isi rumah bermula Oktober depan.


Pembangkang dekat UK sana taknak cakap ke BR1M dari kerajaan UK kepada rakyat tu satu bentuk rasuah menjelang PRU? Tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila rusia berperang, europe akan bergelap. Harga bahan api melambung
UK sekarang tengah heat wave
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.223547 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list