CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 5

[Tempatan] Polis tahan pemandu treler positif dadah

[Copy link]
Post time 12-8-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan pemandu treler positif dadah


KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan selepas dipercayai bergesel dengan sebuah treler di atas Jambatan Sungai Batang Padang, pagi tadi. FOTO ihsan PEMBACA


Ipoh: Polis menahan seorang pemandu treler yang terbabit dalam satu kemalangan sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di atas jambatan Sungai Batang Padang di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Tapah dekat sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada 7.15 pagi ketika Shahriza Ishak, 39, yang beralamat di Jalan Chenderiang Lama sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah berhampiran.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila treler berkenaan dipercayai bergeser dengan sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya terjatuh atas jalan sebelum diseret treler dan wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

"Pemandu treler yang berusia 36 tahun ditahan untuk siasatan selepas hasil saringan awal mendapati dia positif dadah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... reler-positif-dadah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm... sian.. pagi mak ade.. blk sekolah mak dah takde..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak bolehlaa berita mcm ni.. riso anak anaknya jd jahak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:56 PM | Show all posts
Mana tak huru hara pandu treler tak pasal2 ada nyawa yang melayang
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cammner pemandu trailer tu boleh renew GDL n lesen memandu kalau positif dadah...open secret Masa nak renew GDL ,borang pemeriksaan kesihatan presign by clinic kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 12-8-2022 04:35 PM
Aku tak bolehlaa berita mcm ni.. riso anak anaknya jd jahak..

Huhu .mmg emotionally disturbed la anak2...sian sgt..mcm mana dorg hadapi future...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038480 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list