View: 534|Reply: 1
|
[Tempatan]
Kereta bawa dua tong petrol hangus terbakar
[Copy link]
|
|
Kereta bawa dua tong petrol hangus terbakar
KEADAAN Proton Wira yang rentung dalam kejadian di Pasir Pekan. FOTO Ihsan JBPM
Tumpat: Orang awam melecur selepas sebuah kereta yang memuatkan dua tong petrol di tempat duduk penumpang belakang terbakar di Pasir Pekan di sini, hari ini.
Dalam kejadian 11.40 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira terbabit gagal dikesan.
Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 11.48 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim serta Wakaf Bharu bergegas ke lokasi.
"Ketika anggota tiba, api marak membakar kereta itu dan dapat dikawal pada 12.05 tengah hari sebelum padam sepenuhnya 10 minit kemudian.
"Pemeriksaan pasukan forensik kebakaran menemui dua tong plastik yang mengandungi petrol berada di tempat duduk penumpang belakang kereta dan kami dimaklumkan pemandu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual petrol di sekitar rumahnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, kuantiti petrol yang banyak dalam kereta itu menyebabkan kebakaran jadi lebih marak, namun pihaknya masih melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian.
Katanya, difahamkan orang awam yang tercedera dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rol-hangus-terbakar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bawak bahan bakar mana tak rentung macam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|