View: 657|Reply: 0
|
Helmi azam gegar Litar Sugo
[Copy link]
|
|
Md Helmi Azman.
KUALA LUMPUR: Pendahulu kelas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022, Md Helmi Azman mengakui trek Sugo di Jepun adalah baharu buat dirinya namun ia bukan alasan untuknya memperagakan tunggangan terbaik.
Pelumba Boon Siew HONDA Racing Team itu berkata, kesemua pelumba tentunya mahukan yang terbaik dan baginya, persiapan mental dan fizikal sudah dilakukan dengan terbaik bagi mengharungi Pusingan 3 musim 2022 itu.
"Untuk Pusingan 3, saya sudah mempersiapkan mental dan fizikal dengan penyertaan di perlumbaan Suzuka 8 Jam 2022. Saya akan membawa pengalaman yang diraih di perlumbaan itu di Sugo dan akan memberikan yang terbaik.
"Sugo sangat baharu buat saya tetapi ia akan menjadi satu proses pembelajaran berguna buat saya juga. Semua pelumba mahukan yang terbaik. Oleh itu, saya jangka saingan akan menjadi kompetitif.
"Satu-satunya yang boleh kami lakukan sebagai seorang pelumba adalah mempersiapkan mental dan fizikal bagi mengatasi cabaran dengan harapan perlumbaan akan berlangsung dengan lancar.
"Sasaran saya adalah untuk memperkemaskan lagi skil saya supaya dapat meraih kejayaan," kata Helmi yang pada musim ini sudah meraih dua kemenangan masing-masing di Perlumbaan 2 Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand dan Perlumbaan 2 Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Sepang.
Helmi pada ketika ini mendahului carta pelumba kelas berkenaan dengan 83 mata manakala wakil SIC Racing, Md Ibrahim Norrodin berada di tangga kedua dengan 67 mata.
Pelumba Astra Honda Racing Team dari Indonesia, Andi Farid Izdihar berada di tangga ketiga dengan 60 mata.
Rakan sepasukan Helmi, Khairul Idham Pawi pula berada di tangga keempat dengan 58 mata manakala Nakarin Atiratphuvapat (Honda Racing Thailand) di tangga kelima (52 mata).
https://www.bharian.com.my/sukan ... am-gegar-litar-sugo |
|
|
|
|
|
|
| |
|