CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1172|Reply: 2

Pemain badminton dapat durian runtuh RM245,000

[Copy link]
Post time 13-8-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Norza (tengah) memberikan insentif keseluruhan berjumlah RM140,000 kepada pemain yang meraih emas dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan insentif keseluruhan berjumlah RM245,000 bagi menghargai pemain yang meraih pingat di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pasukan yang meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran di Birmingham meraih jumlah insentif terbesar iaitu RM140,000 manakala Pearly Tan-M Thinaah yang memenangi acara beregu wanita menerima habuan RM50,000.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang meraih perak di Birmingham menerima RM10,000 manakala beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang meraih gangsa bersama Tan Kian Meng-Lai Pei Jing masing-masing menerima RM7,500.

Sementara itu, pasangan emas di Sukan SEA Vietnam dalam acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei meraih RM30,000 selepas menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 di pentas final.


Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata insentif itu adalah antara usaha pihaknya menghargai keringat pemain.

"Kami mahu meraikan kejayaan yang diraih di Hanoi dan Birmingham. Di Hanoi, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei meraih gelaran terbesar mereka dengan meraih emas selepas menewaskan rakan senegara.

"Di Birmingham, saya gembira pasukan negara yang disertai gabungan pemain berpengalaman dan muda berjaya meraih semula emas dalam acara berpasukan campuran.

"BAM menghargai usaha gigih dan pengorbanan dilakukan pasukan. Pemain sudah meletakkan usaha terbaik mereka untuk membanggakan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang," kata Norza Zakaria dalam sidang media selepas majlis penyerahan insentif dan Mesyuarat Ahli Lembaga BAM, hari ini.

Untuk rekod, sukan badminton sudah menyumbang 69 pingat secara keseluruhan di Sukan Komanwel, iaitu 31 emas, 22 perak dan enam gangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ian-runtuh-rm245000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 07:33 PM | Show all posts
aik....syok sendiri ka?? lain2 dapat habuk ka camna
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:14 PM | Show all posts
Ng Tze Young - i hope dia kekal bersama BAM selama mungkin  and tunjukkan prestasi yg lebih baik dari pemain senior.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060926 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list