View: 944|Reply: 0
|
Ganjaran untuk 'badang' tetap ada
[Copy link]
|
|
Atlet angkat berat negara Mohammad Aniq Kasdan (kanan), Muhamad Aznil Bidin (kiri) dan Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pingat Emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). NSTP/ROHANIS SHUKRI
KUALA LUMPUR: Keringat atlet angkat berat yang mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 tetap dikenang oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).
Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihak persatuan akan memberikan insentif kepada atlet sebagai tanda menghargai jasa mereka yang membanggakan nama negara di pentas temasya empat tahun sekali itu.
Begitupun katanya, jumlah insentif itu tidaklah begitu lumayan seperti mana disumbangkan oleh persatuan lain namun katanya, PABM sudah banyak berkorban membabitkan wang ringgit bagi memastikan atlet angkat berat seperti Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin mampu bersaing di pentas tertinggi.
"Ada pemberian bonus kepada atlet angkat berat yang berjaya meraih emas di Komanwel Birmingham namun tidaklah banyak," kata Ayub. "Saya bukannya tidak mahu ulas lanjut mengenai pemberian bonus cuma sebenarnya jika bercakap mengenai insentif PABM sudah berikan sejak mereka berusia belasan tahun.
"Malah, Persatuan Angkat Berat Johor dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga banyak membantu atlet berkenaan hingga mereka berjaya meraih emas di Sukan Komanwel baru-baru ini."
Aznil dan Aniq mengharumkan nama negara di pentas Komanwel Birmingham apabila mencipta kejutan dengan memenangi emas dalam acara angkat berat.
Aniq turut mencipta rekod ketika memenangi pingat emas kategori 55 kilogram (kg) dengan mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk pada saingan yang diadakan di National Exhibition Center (NEC), Birmingham.
Aznil pula merakamkan rekod baharu temasya bagi acara 61kg menerusi himpunan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.
https://www.bharian.com.my/sukan ... uk-badang-tetap-ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|