CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 3

[Dunia] Maklumat dialek ibu bapa akan dimasukkan dalam sijil kelahiran digital

[Copy link]
Post time 14-8-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Maklumat dialek ibu bapa akan dimasukkan dalam sijil kelahiran digital


Foto hiasan AFP


Singapura: Dialek ibu bapa akan disertakan dan dipaparkan pada sijil kelahiran digital yang dikeluarkan mulai 1 September 2022.

Langkah itu dibuat selepas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerima beberapa pertanyaan mengenai pengecualian maklumat berkenaan sebelum ini.

Dialek ibu bapa adalah antara butiran yang tidak disertakan ketika sijil kelahiran digital diperkenalkan kerana ia "tidak diperlukan bagi penggubalan dasar dan keperluan pentadbiran yang lain", menurut ICA.

Butiran lain yang tidak disertakan termasuk negara kelahiran ibu bapa, alamat ibu, pendaftaran tempat kelahiran anak dan satu seksyen yang diberi nama "Butiran Pemberi Maklumat".

Ini dilakukan "untuk memudahkan proses pendaftaran dan bagi mengurangkan bilangan ruang butiran", dedah ICA.

Butiran mengenai dialek ibu bapa akan terus didaftarkan oleh ICA dan butiran itu juga boleh didapati di Singpass.

"Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memasukkan dialek ibu bapa ke dalam sijil kelahiran digital yang dikeluarkan mulai 1 September 2022," kata ICA.

Bagi individu di bawah umur 21 tahun, maklumat dialek juga boleh didapati dalam profil Singpass ibu bapa mereka, di bawah tab "Keluarga".

Semasa lahir, meletakkan maklumat kumpulan dialek bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak.

Maklumat ini direkodkan dalam pangkalan data pendaftaran negara, lapor CNA.

Dialek yang didaftarkan dengan kerajaan boleh ditukar oleh kanak-kanak atau oleh ibu bapa melalui pengisytiharan bertulis kepada ICA.

"Ini bermakna seseorang individu boleh mempunyai dialek berdaftar yang berbeza daripada bapanya, atau kedua-dua ibu bapanya," kata ICA.

Ini telah menjadi amalan di Singapura sejak tahun 1970-an.

"Memandangkan terdapat kaum di Singapura yang tidak mempunyai kumpulan dialek, individu dibenarkan mendaftarkan bahasa/dialek yang mereka pertuturkan, bukannya dialek mereka mengikut keturunan," kata ICA.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... l-kelahiran-digital

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Surat beranak malaysia dulu ada ruang 'pemberi maklumat'. Lagilah x nampak apa relevan nya.  Sekarang dah takda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler ingatkan kat malaysia, btw kenapa kat malaysia orang jawa, minang, bugis dan banjar bagai bila kat IC buh Melayu?
Tak silap ummah borneo aman2 je kan boleh letak melanau iban murut bagai atau depa buh lain2?
Rasa pelik kalau kat umah ngomong jowo tiber dlm ic or isi form kat ruangan bangsa Melayu.
Takkan sebab agama islam je terus dikira Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-8-2022 11:36 AM
Ler ingatkan kat malaysia, btw kenapa kat malaysia orang jawa, minang, bugis dan banjar bagai bila k ...

dlm perlembagaan persekutuan
sesiapa yg bertutur bm
amalkan budaya melayu
beragama islam
dikira melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036315 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list