CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 1

[Pulau Pinang] Crow Sharpshooter tembak 4,168 gagak

[Copy link]
Post time 14-8-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Operasi Crow Sharpshooter (OPS Cross MBSP) 2022 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sekitar daerah Seberang Perai Tengah di sini. FOTO Danial Saad

Bukit Mertajam: Sejumlah 4,168 ekor gagak ditembak dalam operasi Crow Sharpshooter anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini semalam.

Operasi julung kali bermula jam 8 pagi hingga 7 malam di sekitar daerah Seberang Perai Tengah itu membabitkan 63 penembak berlesen yang memperoleh permit kelulusan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Azhar Arshad, berkata gagak adalah haiwan perosak yang cepat membiak dan sejumlah 283 aduan kacau ganggu membabitkan unggas itu direkodkan tahun lalu.


"Selain mengganggu dengan bunyi bising dan merosakkan tanaman, gagak juga mempunyai tabiat menyelongkar kawasan pembuangan sampah untuk mencari makanan.

"Haiwan itu juga mencemarkan kawasan seperti taman permainan, taman rekreasi, pasar malam serta laluan pejalan kaki dan tempat parkir kereta dengan najisnya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Azhar berkata, MBSP menawarkan RM5 bagi setiap ekor gagak yang berjaya ditembak dan keputusan menganjurkan acara itu susulan tinjauan serta penelitian terhadap kejayaan pelaksanaan operasi sedemikian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.

"Selain itu, hasil maklum balas awam mendapati 76 peratus daripada 157 responden bersetuju operasi itu dilakukan selain terdapat kajian yang membuktikan strategi sedemikian adalah pendekatan berkesan untuk mengawal populasi gagak secara drastik," katanya.

Katanya, edisi seterusnya akan berlangsung pada 24 September ini bagi kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan pada 15 Oktober 2022 dengan penembak terbaik keseluruhan layak membawa pulang Trofi The Crow Sharpshooter.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-tembak-4168-gagak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 01:57 PM | Show all posts
Gagak ni jahat. Kaki buli burung kecik. Burung kecik dapat makanan dulu gagak main rampas camtu.

Tapi gagak ni anti tul ngan aku. Aku xboleh lalu kawasan dia. Sukati ko je dah itu laluan aku. Kalau aku berhenti ke nanti dia pijak kepala aku. Kalau aku jalan nanti dia terbang rendah kalau tak ngelak mau terkena sayap dia. Sakitnya cam kena penampar. Dah merah muka sebelah.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046738 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list