CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 6

[Tempatan] Lagi demo depan Sogo petang tadi. Hanya 60 je yg hadir. Tu pun ahli parti MUDA

[Copy link]
Post time 15-8-2022 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Yang lain tak dpt hadir termasuk la sepet cina DAP, India DAP, PKR , Amanah
juga yg lain dgn alasan
-ada kenduri
-anak balik asrama
-ada reunion
-gi MAHA 2022


Polis siasat perhimpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’
    Oleh NOR AZIAH MAT NOH
    14 Ogos 2022, 7:19 pm




KUALA LUMPUR – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’ yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pelaksanaan perhimpunan itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di negara ini.

“Setakat ini, hasil pemerhatian yang dibuat mendapati kira-kira 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar, ahli politik dan beberapa individu yang telah serta belum dikenal pasti dalam perhimpunan itu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sehingga kini seramai 13 individu telah dikenal pasti dan kesemua individu terlibat akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Polis juga menasihati orang awam agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang selain tindakan tegas akan diambil. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lancang Kuning - Jamal Abdillah

Lancang kuning
Lancang kuning belayar malam
Belayar malam…

Lancang kuning
Lancang kuning belayar malam
Hai belayar malam…

Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam…
Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam…

Lancang kuning belayar malam…(2X)

Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Kuranglah faham…

Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Hai kuranglah faham…

Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam…
Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam…

Lancang kuning belayar malam…(2X)

Lancang kuning
Lancang kuning menentang badai
Menentang badai…

Lancang kuning
Lancang kuning menentang badai
Hai menentang badai…

Tali kemudi
Tali kemudi berpilit tiga…
Tali kemudi
Tali kemudi berpilit tiga…

Lancang kuning belayar malam…(2X)


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aii rasa zaman viral socmed ni xpayah la penatkn badan turun berdemo.. viralkan ja kat fb ig..Tweeter..tiktok haa.
Nti ada la yg panas pungkok p buat report
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MUDA bukan under PH, sb tu parti2 yg lain takde. aktiviti buat syok sendiri je ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda tempat nak berpaut/geng untuk dikudakan
Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps habis terus pegi mkn kt food court Sogo. Yong Tau Fu dia sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape lah yg funding Parti Muda ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037639 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list