CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 979|Reply: 0

Aaliyah tawan Korea Selatan

[Copy link]
Post time 15-8-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Aaliyah meraikan kejayaannya selepas merangkul empat emas. - Foto ihsan IG hanifahyoong

KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah menamatkan kempennya di Kejohanan Ski Air Asia IWWF di Chuncheon, Korea Selatan semalam dengan menggondol empat pingat emas.

Menurut laman web Sukan http://www.iwwfed-ea.org/classic/22ASIA03/, peluncur berusia 19 tahun itu memenangi emas pertamanya pada Jumaat selepas berjaya memperoleh 7,440 mata dalam acara 'tricks' terbuka wanita.

Aaliyah Yoong kemudian meneruskan persembahan mengagumkannya dalam acara 'jump' terbuka wanita semalam apabila berjaya menghasilkan lompatan 40.6 meter (m) pada peringkat awal dan 37.2m pada pusingan akhir untuk meraih satu lagi emas.

Atlet remaja itu juga mendominasi dalam acara 'slalom' wanita dengan markah 0.00/55kmj/13m untuk emas ketiganya dan melengkapkan emas keempatnya apabila meraih gelaran keseluruhan dengan jumlah 3000 mata, pada hari yang sama.




Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah menamatkan kempennya di Kejohanan Ski Air Asia IWWF di Chuncheon, Korea Selatan semalam dengan menggondol empat pingat emas. - Foto Ihsan FB Hanifah Yoong Yin Fah

Ketua jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) Hanifah Yoong berkata keseluruhannya Malaysia berjaya memperoleh lima emas, satu perak dan tiga gangsa termasuk dalam kategori lelaki.

"Empat (pingat) disumbangkan daripada Aaliyah, satu daripada abangnya Adam Yoong dalam acara 'tricks' lelaki bawah 17 (U17), satu perak daripada Aiden Yoong lelaki U17 keseluruhan dan tiga gangsa acara 'tricks' lelaki U17 oleh Aiden, acara 'slalom' lelaki U17 dan Adam bagi acara lompat U17.

"Tahniah pasukan Malaysia," kata Hanifah Yoong yang juga bapa Aaliyah.

Adam Yoong turut memecah rekod baharu apabila berjaya menampilkan aksi peribadi terbaik dengan jarak 27.0m, mengatasi rekod sebelumnya 15.9m, yang dicatatkan pada Kejohanan Asia 2019, Bangkok.

Sementara itu, adiknya Aiden Yoong yang berusia 16 tahun memadamkan rekod sebelumnya 20.1m dengan lompatan 23.9m. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... tawan-korea-selatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.546309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list