CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 4

[Tempatan] Hujah2 geng pembela & pendakwa kes rayuan Pok Jib(yg kalah rayuan tu) kat Mahkamah Persekutuan

[Copy link]
Post time 15-8-2022 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Hujah loyar untuk pembelaan Pok Jib(yg kalah rayuan tu) kat Mahkamah Persekutuan pagi tadi

Sumber :

Pembelaan tidak diberi bukti mengenai konflik kepentingan ketika bicara - Hisyam   Oleh Ahmad Johari Mohd Ali -             Ogos 15, 2022 @ 2:44pm            [email protected]

PUTRAJAYA: Keterangan tambahan yang mengandungi bukti menunjukkan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak diberikan kepada pihak pembelaan ketika perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi.

Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik dalam hujahan permohonan notis usul untuk memasukkan bukti dan keterangan tambahan dalam rayuan akhir Najib, berkata pihak pembelaan tidak akan menyedari kewujudan keterangan tambahan itu sehinggalah sampul surat mengandungi bukti itu dihantar ke kediaman anak guamnya 9 Mei dan 7 Julai lalu.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu juga tidak mengetahui berhubung dakwaan pembabitan Mohd Nazlan dalam penubuhan SRC melalui jawatannya sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat di Maybank Investment.

Sehubungan itu, Hisyam berkata, prosiding rayuan akhir itu wajar ditangguhkan sehingga siasatan ke atas Mohd Nazlan selesai dijalankan.


Najib memohon untuk memasukkan dalam rayuan akhirnya, antaranya keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein, berhubung siasatan skandal SRC International.

Keterangan itu adalah sama ada beliau (Rosli) menyedari peranan lalu dan pembabitan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berhubung khidmat nasihat strategik yang diberikan oleh Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.

Ia juga berkaitan pinjaman RM140 juta yang diberikan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development Berhad (anak syarikat SRC) pada tahun 2014, iaitu sumber RM42 juta yang menjadi perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2022 06:28 PM | Show all posts
Hujah loyar untuk pendakwaan Pok Jib(yg kalah rayuan tu) kat Mahkamah Persekutuan petang tadi

Sumber  :

'Najib cuma mahu perbicaraan semula' - Pendakwaan   Oleh Ahmad Johari Mohd Ali -             Ogos 15, 2022 @ 4:06pm            [email protected]

PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa wujudnya konflik kepentingan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Sdn Bhd membabitkan hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak berasas sama sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, dalam hujahannya berkata, ia adalah percubaan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk memesongkan perjalanan kes dengan mendapatkan maklumat daripada saksi dinamakan dan tidak dinamakan.

Berhujah pada prosiding rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan hari ini, Sithambaram berkata, permohonan sebenar Najib ialah bagi kesnya dibicarakan semula dan mengisytiharkan sabitan serta hukumannya batal dan tidak sah.

Timbalan Pendakwa Raya itu menegaskan, dakwaan perayu adalah berdasarkan alasan yang tidak mungkin dapat dipertahankan iaitu pinjaman berjumlah RM4.17 bilion diberikan Maybank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau  berkata, permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung peranan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat  Kumpulan Maybank tidak disokong dengan afidavit sewajarnya.

Sithambaram turut membangkitkan persoalan mengapa pihak pembelaan tidak membangkitkan isu berkenaan ketika perbicaraan kes di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, sebaliknya ditimbulkan di saat rayuan akhir.

Katanya, permohonan itu adalah satu 'ekspedisi memancing' bagi mendapatkan maklumat berhubung sejauh mana peranan Maybank dalam kes berkenaan.

Jelasnya, bukti dan keterangan tambahan itu bukan perkara baharu kerana pihak perayu sudah lama memperolehnya tetapi ia hanya dibangkitkan pada peringkat ini.
"Mereka (perayu) tahu peranan Mohd Nazlan dalam Maybank dan peranan Bina Fikir Sdn Bhd (bahagian penasihat kewangan Maybank) dalam memberikan khidmat nasihat bagi penubuhan SRC.

"Ketika itu, mereka boleh saja membangkitkan perkara ini tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Mereka mengemukakannya sekarang dengan cara sebegini kerana kes tidak berpihak kepada mereka.

"Adalah jelas Mohd Nazlan tidak ada peranan dan konflik kepentingan dalam kes ini," katanya.

Sithambaram turut mempersoalkan mengapa perayu (Najib) tidak memohon untuk memasukkan keterangan viva voce (lisan) tiga pegawai Maybank yang dinyatakan dalam permohonan notis usulnya, sebaliknya hanya menamakan keterangan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam siasatan kes.

Sementara itu, katanya, lapan dokumen yang dikatakan dihantar ke kediaman Najib di Langgak Duta di ibu negara dalam dua sampul surat tidak bernama, adalah bukti dengar cakap dan tidak boleh diterima memandangkan sumbernya tidak diketahui.

Katanya, afidavit Najib berdasarkan perkara yang tidak diketahui olehnya, sekali gus tidak boleh diambil kira oleh mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, pendakwaan memohon permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ditolak kerana ia tidak relevan dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

Prosiding bersambung esok dengan peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan membalas hujahan responden sebelum panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 06:34 PM | Show all posts
Ini je kesimpulan nya


Sehubungan itu, katanya, pendakwaan memohon permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ditolak kerana ia tidak relevan dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 06:34 PM | Show all posts
Ini je kesimpulan nya


Sehubungan itu, katanya, pendakwaan memohon permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ditolak kerana ia tidak relevan dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampeh.....ingatkan najibun bwk pak arab yg bg derma 4.2b, end up nak cancel hakim nazlan jerr. So, sblm tu pung pang nafi duit src masuk dlm acc mmg x betul la ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035782 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list