View: 341|Reply: 0
|
[Dunia]
Beratur, berebut ‘cop’ kerusi untuk berjemur tepi kolam renang
[Copy link]
|
|
Beratur, berebut ‘cop’ kerusi untuk berjemur tepi kolam renang
https://www.utusan.com.my/luar-n ... -tepi-kolam-renang/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
16 Ogos 2022, 10:04 am
PELANCONG lari dari semua arah untuk meletakkan tuala mereka bagi merebut kerusi berjemur di sebuah hotel di Sepanyol. - TIKTOK
TENERIFE: Sekumpulan pelancong sanggup beratur lama untuk menunggu giliran berjemur di tepi kolam renang di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Tenerife, Sepanyol.
Memetik laporan Daily Mail, rakaman video menunjukkan ramai pelancong yang terdesak sedang menunggu di sebelah kolam renang hotel itu dan merebut tempat terbaik pada masa seawal mungkin.
Kebanyakan warga Britain yang mengenakan baju renang dan krim pelindung cahaya matahari berpusu-pusu melepasi pelancong lain untuk mendapatkan tempat di bawah sinar matahari selama sehari.
Dilaporkan, ada antara mereka yang beratur selama 90 minit pada waktu pagi sebelum menyerbu ke arah kerusi jemur yang diidamkan.
Biasanya, pelancong yang meninggalkan tuala di atas kerusi jemur di hotel negara itu boleh menuntut tempat berkenaan sepanjang hari.
Asal usul peraturan ini tidak diketahui walaupun ia dianggap dicipta oleh warga Jerman.
Meskipun bukan semua hotel yang membenarkan peraturan ini, apabila dilaksanakan ia boleh mewujudkan persaingan sengit antara pelancong berkenaan.
Rakaman video memaparkan kejadian di tepi kolam renang di Spring Hotel Bitacora, Playa de las Americas menjadi tular dalam TikTok.
Seorang warganet bernama Chloe Turner memuat naik video dan kapsyen dalam aplikasi tersebut.
“Jadi, saya berada di Tenerife dan semua orang sedang berlari untuk merebut kerusi berjemur.
“Satu lagi perang berjemur apabila ramai pelancong lari dari semua arah untuk merebut tempat itu,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|