CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Kedah] Van sekolah terbabas, 17 termasuk pemandu terselamat

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Bas sekolah dinaiki 16 kanak-kanak lelaki dan perempuan terbabas ke dalam parit di jalan berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu hari ini. FOTO TULAR

Sungai Petani: Kanak-kanak perempuan patah tangan kanan manakala 16 yang lain cedera selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu, dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.40 pagi memaklumkan kemalangan terbabit sebelum bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati seorang kanak-kanak perempuan anggaran usia 10 tahun patah tangan kanan, manakala 10 kanak-kanak lelaki dan lima perempuan cedera ringan.


"Seorang lelaki berusia 50-an yang juga pemandu van terbabit mengalami kecederaan di kepala," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya memberi rawatan awal serta membawa tiga mangsa iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan ke hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pemandu-terselamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.198412 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list