|

SEBAHAGIAN kumpulan penunggang motosikal menyertai program Jaulah Merdeka Pengimarahan Takmir Pulau Pinang 3.0 di Masjid Al-Bukhary, Bandar Sri Pinang. FOTO Mikail Ong
Georgetown: Seramai 200 penunggang motosikal menyertai Jaulah Merdeka Pengimarahan Takmir 3.0 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid dan Surau JHEIPP, Khairul Azman Azizan, berkata program itu berjaya menghimpunkan peserta tanpa mengira usia, latar belakang dan model motosikal bagi mendekatkan masyarakat kepada masjid terutamanya dalam kalangan generasi muda.
"Selain menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan kami juga mengambil kesempatan menarik perhatian golongan muda untuk mendekati dan memakmurkan masjid dan sambutan yang diterima menggalakkan namun terpaksa dihadkan setakat 200 peserta sahaja.
"Selain menyambung silaturahim sesama mereka, peserta juga berpeluang singgah di 11 masjid terpilih di seluruh negeri bermula di Masjid Al Bukhary, Sungai Pinang dan berakhir di Masjid Ibadur Rahman Seri Serdang di Kepala Batas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Khirul Azman berkata, program itu turut bertujuan mengeratkan ukhuwah antara JHEAIPP dengan Jawatankuasa Pengurusan Masjid yang terletak di daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan yang terpilih.
Beliau berkata, antara masjid yang terbabit ialah Masjid Batu Ferringhi; Masjid Titi Teras Balik Pulau; Masjid Maqbul, Teluk Kumbar; Masjid Lama, Sungai Bakap; Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal dan Masjid Ara Kuda, Tasek Gelugor.
Turut hadir pada acara pelepasan konvoi berkenaan ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang turut menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Masjid Al Bukhary yang disampaikan kepada pengerusinya, Mohd Zain Ibrahim.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rdeka-dekati-masjid |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|