CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah langgar lampu merah

[Copy link]
Post time 24-8-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Padah langgar lampu merah

Oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 24 Ogos 2022 05:43pm





Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Chain Ferry pada pagi Rabu.




BUTTERWORTH - Penunggang motosikal maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Chain Ferry di sini, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 pagi selepas motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan tidak berhenti ketika lampu merah di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Menurutnya, mangsa dan rakannya itu datang dari arah Sungai Nyior menghala ke Bagan Dalam dan merempuh kereta yang bergerak dari arah Perai menghala ke Penang Sentral.

"Pemandu kereta warga Nigeria yang merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di negeri ini tidak sempat mengelak motosikal terbabit dan hilang kawalan sebelum kereta berkenaan masuk ke arah bertentangan.

"Akibat kejadian itu, penunggang serta pembonceng terpelanting di atas jalan raya dan mengalami cedera parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Radzi berkata, penunggang motosikal yang maut berusia 18 tahun itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala rakannya berusia 20 tahun di bawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.665486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list