CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Kedah] 40 peserta berkayak untuk takluk perairan Langkawi-Satun

[Copy link]
Post time 25-8-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

LANGKAWI: Seramai 40 peserta termasuk lapan wanita bakal mencipta sejarah menerusi aktiviti kayak berkumpulan sejauh 42.8 kilometer dari Langkawi ke Satun dalam tempoh tujuh jam.

Mereka yakin dapat menjayakan misi berkenaan menerusi Ekspedisi Geopark Kayak Laut Rentas Sempadan anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), bermula dari Dataran Tanjung Rhu di sini, hari ini.

Pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan & Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, pada jam 9 pagi.

Ketua Ekspedisi, Mohd Khairi Md Nanyan, berkata peserta melakukan persiapan awal selama tiga bulan, sebelum berlatih secara intensif dalam tempoh sebulan lalu.


"Berbekalkan persiapan rapi, kami yakin dapat menempa sejarah menerusi aktiviti berkayak rentas sempadan Langkawi-Satun dalam tempoh tujuh jam.

"Ketibaan kami akan disambut Gabenor Satun, Ekkarat Leesen di Jeti Tammalang, Satun, Thailand, pada jam 4 petang ini," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Khairi berkata, sejurus melepasi perairan antarabangsa, konvoi kayak itu akan disertai 20 peserta kayak dari Bangkok, Trang dan Phuket sebelum sama-sama berdayung ke Jeti Tammalang, Satun.

Sementara itu, Wan Kamarul Faisal berkata, ekspedisi itu antara program dirancang bersama Gabenor Satun, Ekkarat Leesen bagi mempromosi Langkawi dan Satun sebagai destinasi geopelancongan terbaik dunia.

"Kita yakin program ini pasti mengeratkan hubungan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dan Satun UNESCO Global Geopark (SUGG) pasca pandemik COVID-19," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... iran-langkawi-satun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080524 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list