CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 0

Mr Malaysia di Kedah jadi platform lahir bakat baharu

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Zayad (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur Kejohanan Bina Badan Kebangsaan atau Mr Malaysia di Alor Setar.

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bina Badan Kebangsaan atau Mr Malaysia di Alor Setar, selama dua hari bermula esok menjadi platform terbaik untuk mencari bakat baharu bagi mewakili negara ke pertandingan antarabangsa termasuk Sukan SEA Kemboja tahun depan.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Nor Mohd Riduan Anan berkata, selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik COVID-19, kejohanan itu mendapat sambutan amat luar biasa apabila seramai 158 peserta mengambil bahagian.

"Sukan bina badan di Malaysia tidak pernah ketandusan atlet berbakat seperti Sazali Samad dan Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah. Setakat ini apabila menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa sama ada di kejohanan dunia, Asia atau Sukan SEA, atlet bina badan negara sering meraih pingat emas.

"Pada Sukan SEA Hanoi pada tahun ini juga kita ada meraih pingat emas menerusi Mohd Syarul. Begitu juga ketika menyertai Kejohanan Asia bulan lalu, atlet bina badan negara meraih dua emas.

"Penganjuran Mr Malaysia adalah peluang kita untuk mencari atlet berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk di Sukan SEA Kemboja tahun depan yang sekali lagi menawarkan acara bina badan.

"Kita harus memanfaatkan peluang ini kerana bukan mudah untuk bina badan dipertandingkan di temasya sukan dwi tahunan itu. Masih tidak pasti berapa kategori yang akan dipertandingkan oleh tuan rumah, tetapi diharap ia dapat menyamai 10 kategori seperti dipertandingkan di Hanoi," kata Mohd Riduan dalam satu kenyataan.

Mohd Riduan berkata, sebanyak 17 kategori dipertandingkan pada edisi Mr Malaysia kali ini yang turut mempertandingkan kategori wanita.

"Atlet daripada semua 14 negeri mengambil bahagian dengan negeri seperti Sarawak, Kuala Lumpur serta Kedah selaku tuan rumah boleh dikatakan menyertai hampir semua kategori dipertandingkan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bina Badan Kedah Darulaman (PBBKD), Datuk Mohd Zayad Md Ismail berkata, ini adalah kali pertama Mr Malaysia dianjurkan di Kedah dengan di Hotel Grand Alora sebagai venue.

"Kami sudah mengambi inisiatif untuk menganjurkan Mr Malaysia sejak 2018 lagi. Sepatutnya kita menjadi tuan rumah pada 2020 selepas penganjuran kali terakhir di Sabah pada 2019.

"Bagaimanapun seperti yang diketahui oleh semua, negara berdepan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan Mr Malaysia tertangguh selama dua tahun. Mungkin kerana itulah juga jumlah penyertaan yang diterima untuk merebut kejuaraan Mr Malaysia kali ini sangat menggalakkan.

"Sebelum berlangsungnya Mr Malaysia, kami menganjurkan Mr Kedah untuk pemilihan ke Mr Malaysia dan sambutan yang diterima daripada peserta serta penyokong juga sangat luar biasa. Harap perkara sama akan berlaku pada penganjuran Mr Malaysia," kata Mohd Zayad.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -lahir-bakat-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.218583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list