View: 1232|Reply: 2
|
Rexy dedah mengapa dia melutut, peluk Aaron
[Copy link]
|
|
Rexy (kiri) melutut dan memeluk Aaron Chia selepas memenangi Kejohanan Dunia di Tokyo semalam. - AP
KUALA LUMPUR: Tindakan Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky 'melutut' bagi meraikan kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pentas final Kejohanan Dunia semalam adalah sebagai tanda hormat kepada anak buahnya itu.
Sebaik Aaron-Wooi Yik melangkah keluar dari gelanggang selepas menewaskan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14, Rexy dilihat melutut kepada Aaron sebelum kedua-duanya saling berpelukan bagi meraikan kejayaan pingat emas sulung negara di pentas berprestij berkenaan.
Rexy berkata, kejayaan Aaron-Wooi Yik itu juga secara tidak langsung menutup 'pintu' tekanan dihadapi di sepanjang kejohanan berlangsung yang penuh dengan jangkaan serta harapan daripada penyokong mahupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri.
"Kita harus tahu, situasi dalam satu minggu itu dipenuhi dengan jangkaan tinggi daripada semua peminat mahupun rakyat Malaysia. Malah, BAM mahu melihat kita dapat mencipta sejarah meraih gelaran di Kejohanan Dunia ini.
"Semua tekanan itu dirasai dalam satu minggu ini. Jadi di saat mereka memenangi perlawanan, ia seperti saya perlu menghormati apa yang pemain sudah lakukan dan saya melutut untuk memberikan penghormatan perjuangan yang sudah diberikan mereka," kata Rexy dalam satu sidang media secara dalam talian hari ini.
Kejayaan Aaron-Wooi Yik di Tokyo, Jepun ini menamatkan penantian 45 tahun negara untuk menjelmakan pemain yang bergelar juara dunia dan secara tidak langsung menamatkan badi kekalahan di separuh akhir dan final buat beregu ini selepas digandingkan pada 2017.
"Aaron-Wooi Yik begitu bergelut sebelum ini. Mereka adalah beregu nombor satu di Malaysia dan tak pernah menang satu pun gelaran. Namun mereka berjaya melepasi semua halangan itu di sini dan meraih gelaran pertama mereka di kejohanan utama.
"Jadi, itu satu penghargaan saya kepada perjuangan mereka di lapangan, maka saya melutut untuk menyambut kemenangan mereka," kata Rexy yang sebelum ini turut pernah meraih gelaran juara dunia ketika bergandingan bersama Ricky Subagja di Lausanne pada 1995.
Sementara itu, kekecewaan Aaron-Wooi Yik untuk menjelmakan emas dalam acara beregu lelaki di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dilihat menjadi satu pembakar semangat buat gandingan ini selepas hanya gangsa.
"Di Sukan Komanwel mereka gagal meraih emas dan itu menjadi bebanan. Banyak kesilapan dilakukan mereka namun pada akhirnya menjadi motivasi terbaik untuk bermain lebih baik di kejohanan dunia.
"Saya lihat ada perubahan dalam tempoh seminggu persiapan. Dapat dilihat ada (kekurangan) dari sudut melakukan kesilapan mudah selain komunikasi dalam gelanggang juga bertambah baik.
"Jadi bagi saya, Sukan Komanwel ini menjadi suntikan motivasi buat mereka. Mereka gagal (emas) tetapi mereka tunjukkan yang mereka tidak berasa sugul. Mereka bangkit dan menunjukkan yang Komanwel itu sebagai satu motivasi untuk menghasilkan sesuatu lebih baik di kejohanan dunia," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... melutut-peluk-aaron |
|
|
|
|
|
|
|
komen lh pasal single sorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 29-8-2022 10:54 PM
komen lh pasal single sorang tu
yang tu jangan disentuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|