CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

Perlu keajaiban halang Max Verstappen

[Copy link]
Post time 30-8-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN menjulang trofi kemenangan selepas muncul juara GP Belgium di Litar Spa-Francorchamps kelmarin. – AFP


STAVELOT, Belgium – Percaturan Ferrari untuk mengekang asakan Red Bull dilihat serba tidak menjadi apabila Charles Leclerc terus ketinggalan sejurus menamatkan saingan di kedudukan keenam pada Grand Prix (GP) Belgium lewat malam kelmarin.

Tindakan Ferrari mengarahkan Leclerc masuk ke hentian pit untuk memburu satu mata tambahan dari pusingan terpantas turut tidak menjadi apabila pelumba berusia 24 tahun dikenakan penalti lima saat gara-gara memandu laju di pitlane.

Leclerc yang ketika itu berada di posisi kelima terus hilang mata penting apabila menamatkan saingan tempat keenam, manakala Fernando Alonso tempat kelima.

Hasil keputusan tersebut, Leclerc kini ketinggalan 98 mata di belakang Max Verstappen dan ia bukan pilihan terbaik buat pelumba kelahiran Monaco tersebut untuk memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) 2022.

Leclerc mengakui bahawa memenangi gelaran itu akan menjadi sangat sukar ketika Verstappen terus mendominasi perlumbaan F1 musim ini.

“Sejujurnya, saya cukup berharap kami dapat memulakan saingan dengan baik selepas berlaku beberapa insiden kemalangan seawal pusingan pertama.

“Kemudian kami mengalami masalah brek, jadi kami terpaksa berhenti dan memulakan saingan dari belakang semula.

“Kemudian saya tahu ia akan menjadi perlumbaan sukar dan kami hanya mampu menamatkan saingan di tempat keenam.

“Kesilapan di pitlane bukanlah nasib malang, ia hanya salah saya, jadi ia adalah satu kesilapan dan itu sahaja. Fokus ketika ini ialah jentera tidak cukup pantas pada hujung minggu ini dan pasukan perlu cari jalan untuk menyelesaikannya.

“Perebutan gelaran ketika ini menjadi sangat sukar, tetapi saya akan cuba fokus dengan melakukan yang terbaik pada baki perlumbaan musim ini,” katanya.

Verstappen mengukuhkan penguasaan dalam kedudukan keseluruhan pelumba F1 selepas memenangi sembilan daripada 14 perlumbaan sekali gus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran dunia F1 selepas mengumpul 284 mata.

Perez kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 191 mata, manakala pencabar dari Ferrari, Leclerc jatuh di tangga ketiga dengan 186 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ang-max-verstappen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051177 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list