CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Kedah] Belum sempat dapat upah kena cekup polis

[Copy link]
Post time 3-9-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode

ZAIDY Che Hassan (dua kanan) menunjukkan ganja bernilai RM52,500 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Pinang Tunggal. FOTO Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Belum sempat dapat upah, sudah 'kantoi'.

Itu nasib malang berlaku terhadap seorang lelaki yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Pinang Tunggal, dekat sini, Khamis lalu.

Dalam operasi pada 4.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda itu, polis berjaya merampas 21 ketulan mampat ganja seberat 21.9 kilogram dianggarkan bernilai RM52,500.

Difahamkan, suspek berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pemandu van itu baru sahaja terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah untuk mencari pendapatan sampingan.

Malah, duda dua anak itu juga dikatakan tidak sempat meraih upah berjumlah RM500 hasil daripada kegiatan dilakukannya sekali gus membawa kepada penahanan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, selain suspek utama terbabit, dua lagi lelaki iaitu bapa dan sepupu lelaki itu berusia 59 dan 22 tahun turut ditahan dalam serbuan terbabit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek utama yang ditahan berperanan sebagai 'store keeper' dengan menyimpan bekalan ganja dalam bilik di rumahnya dan dia juga didapati masih baru dalam kegiatan aktiviti pengedaran dadah ini.

"Kita juga sedang menyiasat dua lagi suspek iaitu bapa dan sepupunya sama ada mereka turut terbabit dalam aktiviti mengedar dadah berkenaan atau sebaliknya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Zaidy berkata, pemeriksaan lanjut dan saringan ujian air kencing mendapati suspek serta sepupunya masing-masing positif THC dan methamphetamin, manakala bapanya pula bebas daripada pengaruh dadah.

"Semakan mendapati suspek utama kes ini mempunyai empat rekod lampau bersabit kes dadah dan enam kes jenayah termasuk satu daripadanya dikehendaki, manakala bapanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Sepupunya pula didapati mempunyai empat rekod lampau kes jenayah termasuk dua daripadanya dikehendaki," katanya.

Menurutnya, polis kini mengesan saki baki ahli sindiket dalam aktiviti pengedaran dadah dan siasatan lanjut mendapati semua dadah terbabit diedar untuk pasaran tempatan.

"Semua suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-kena-cekup-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 1.120523 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list