CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang berusaha realisasikan projek LRT

[Copy link]
Post time 6-9-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang berusaha realisasikan projek LRT

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 06 September 2022 04:18pm






Kon Yeow (kiri) dan Daniel Gooi menunjukkan gambar ilustrasi projek LRT Komtar ke Bayan Lepas pada sidang media di Georgetown pada Selasa.




GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah berputus asa dalam meneruskan usaha melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Komtar ke Bayan Lepas yang memberi manfaat kepada seluruh penduduk di negeri ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, projek terbabit sentiasa dalam senarai untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi dipertimbangkan dalam Bajet 2023 Persekutuan.

Menurutnya, dakwaan kononnya projek LRT tidak disenaraikan dalam pembentangan Bajet 2023 Persekutuan pada pertemuan dengan Menteri Kewangan pada Sabtu lalu tidak benar sebaliknya ia termasuk dalam 126 projek yang disenaraikan yang telah dikemukakan sebelum ini.

"Bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), Kerajaan Negeri telah mengenal pasti dan memohon sejumlah 126 projek pembangunan meliputi 20 Jabatan serta Agensi pemohon dan 11 Kementerian dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM17.72 bilion.

"Peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM2.89 bilion dan permohonan projek-projek tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian-Kementerian berkaitan dan juga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

"Ingin ditegaskan, daripada 126 projek yang disenaraikan serta telah dikemukakan, projek pengangkutan awam LRT laluan Komtar ke Bayan Lepas Fasa 1 termasuk di dalam senarai dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM10 bilion," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen.

Kon Yeow berkata, dalam sesi konsultasi Bajet 2023 dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Komtar Sabtu lalu, Kerajaan Negeri menyenaraikan 10 projek pembangunan dan infrastruktur utama yang bakal memberi impak positif terhadap pembangunan negeri dengan anggaran kos berjumlah RM2.27 bilion untuk tahun 2023.




Beliau berkata, bukan sahaja dalam setiap bajet malah pada mesyuarat dan pertemuan pada peringkat Persekutuan juga projek berkenaan sentiasa dibawa untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

Jelasnya, ia termasuk pada sesi perbincangan bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung peruntukan RMK-12 kepada negeri Pulau Pinang pada 20 November 2020 di ibu negara dan terkini pada 19 Julai lalu.

“Walaupun tidak diluluskan (pada peringkat Persekutuan) kerajaan negeri tetap tidak berputus asa menyenaraikannya setiap tahun dan projek ini sedang melalui latihan Pra-Kelayakan yang merupakan peringkat pertama Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi projek LRT berkenaan.

“Perkara ini adalah selepas jaminan pinjaman yang telah diberikan sebelum ini ditolak oleh Kabinet. Malah, sebanyak tiga kali Kementerian Kewangan menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek LRT walaupun projek ini begitu penting terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050159 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list