View: 1126|Reply: 0
|
Tasik Tiberias juga mengering
[Copy link]
|
|
Tasik Tiberias juga mengering
TASIK Tiberias dikatakan sudah kering dan berada pada paras terendah dalam tempoh 100 tahun. FOTO AFP
Keringnya Laut Galilie atau Tasik Thabariyyah (Tasik Tiberias) dan berhentinya ladang kurma di daerah Baisan mengeluarkan hasilnya adalah dua tanda munculnya Dajal Al-Masih.
Kini, Laut Galilie atau disebut sebagai Tasik Thabariyyah mengalami pengeringan kritikal manakala ladang kurma di daerah Baisan mengalami kemerosotan dalam pengeluaran buah kurma saban tahun.
Kedua-dua tanda itu sebenarnya sudah disebut Dajal ketika bertemu Tamim al-Dari di sebuah pulau dan kini kita semua sedang menyaksikan perkara itu berlaku sedikit demi sedikit.
Untuk rekod, rejim Zionis terpaksa mengepam air daripada loji penyahgaraman di Hadera untuk disalur ke Laut Galilie yang kini semakin kering dan dilapor berada pada paras terendah dalam tempoh 100 tahun.
Rejim Zionis dilaporkan giat melakukan kerja pemasangan saluran paip bagi memastikan negara itu tidak berdepan masalah kekurangan air.
Sejak beberapa dekat lalu, Laut Galilie yang juga dikenali sebagai Tasik Tiberias menjadi sumber utama air tawar bagi rejim berkenaan.
Begitu juga keadaannya yang berlaku di ladang kurma di daerah Baisan yang dilapor mengalami kemerosotan pengeluaran kurma saban tahun.
Malah ada laporan media antarabangsa menyatakan ladang kurma di daerah itu semakin berkurangan akibat diserang pelbagai penyakit.
Diriwayatkan daripada Fatimah binti Qais RA, beliau berkata: "Aku telah mendengar muazin Rasulullah SAW memanggil untuk solat. Aku pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah SAW.
"Apabila Rasulullah SAW selesai solat, Baginda duduk di atas mimbar lalu sambil tersenyum Baginda bersabda: "Setiap orang tetaplah duduk di tempat solatnya." Kemudian Baginda bersabda: "Tahukah kamu kenapa aku mengumpulkan kamu semua?' Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kamu bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar buruk, akan tetapi aku mengumpulkan kamu kerana Tamim al-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani kini memeluk Islam dan berbai'ah kepadaku. Ia mengatakan sesuatu yang pernah aku katakan kepada kamu tentang al-Masih Dajjal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahawa dia belayar bersama 30 orang daripada Kabilah Lakham dan Judzam dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.
Tamim al-Dari berkata: 'Ketika Jassasah menjelaskan kepada kami tentang lelaki itu, kami terkejut kerana menyangka ia adalah syaitan. Lalu kami akan berangkat sehingga kami memasuki rumah tersebut, di sana ada seorang manusia yang paling besar (yang tidak pernah kami lihat sebelum ini) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua-dua tangannya terikat ke bahunya serta antara dua lutut dan kedua-dua mata kakinya terbelenggu dengan besi."
Kami berkata: "Celaka, siapakah kamu ini?' Ia menjawab: "Takdir menentukan bahawa kamu akan menyampaikan maklumat kepadaku, maka khabarkanlah kepadaku siapakah kamu ini?"
Mereka menjawab: "Kami orang Arab yang berlayar dengan kapal, tiba-tiba kami menghadapi laut yang bergoncang, lalu kami terumbang-ambing di tengah laut selama sebulan dan terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat berdekatan kapal, kemudian kami masuk pulau ini, maka kami bertemu binatang yang sangat banyak bulunya yang tidak dapat dianggarkan mana ekor dan mana kepalanya kerana banyak bulunya.
Maka kami berkata: "Celaka, apakah kamu ini?"
Ia menjawab: "Aku adalah Al-Jassasah."
Kami bertanya: "Apakah Al-Jassasah itu?"
(Tanpa menjawab soalan kami), ia berkata: "Wahai kamu, lihatlah seorang lelaki di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia ingin mendengar maklumat daripada kamu!'
Lalu kami menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut kerana menyangka bahawa ia adalah syaitan.
Lelaki besar yang terikat itu bertanya: "Beritahu kepada aku tentang pohon kurma yang ada di Daerah Baisan?"
Kami bertanya: "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
Ia berkata: "Aku bertanya sama ada pohon kurma itu berbuah?"
Kami menjawab:
Ia berkata: "Adapun pohon kurma itu maka hampir saja tidak akan berbuah lagi."
Kemudian ia berkata: "Beritahu kepadaku tentang Tasik Galilee."
Mereka berkata: "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
Ia bertanya: "Apakah ia masih tetap berair?"
Mereka menjawab: "Airnya masih banyak."
Ia berkata: "Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis."
Kemudian ia berkata lagi: "Beritahu kepada Aku tentang mata air Zughar."
Mereka menjawab: "Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?"
Ia bertanya:"Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana bertani menggunakan air dari mata air Zugar itu?"
Kami menjawab: "Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu."
Lalu ia berkata lagi: "Beritahu kepadaku tentang Nabi yang ummi (tidak boleh tulis baca), apa sajakah yang sudah ia perbuat?"
Mereka menjawab: "Dia telah keluar dari Makkah dan menetap di Yathrib (Madinah)."
Lalu ia bertanya: "Apakah ia diperangi orang Arab?"
Kami menjawab: "Ya."
Ia bertanya: "Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?"
Maka kami memberitahu kepadanya bahawa Nabi itu menundukkan orang Arab yang bersama dengannya dan mereka mentaatinya.
Lalu ia berkata: "Apakah itu semua telah berlaku?"
Kami menjawab: "Ya."
Ia berkata: "Sesungguhnya lebih baik bagi mereka mentaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal dan sesungguhnya aku hampir saja dibenar untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Thaibah (Madinah), kedua-dua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki satu daripada negeri itu maka aku dihadang malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam untuk menghambatku dari kedua-dua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di Kota Madinah ada malaikat yang menjaganya."
Itu antara dialog antara Tamim al-Dari dan Dajal. Jika diperhalusi dapat disimpulkan bahawa dialog berkenaan ada beberapa tanda tentang kemunculan Dajal yang memberikan tanda besar berlakunya kiamat. Apakah persiapan kita untuk menghadapinya?
Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... rias-juga-mengering
|
|
|
|
|
|
|
| |
|