CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Pulau Pinang] Fokus skandal projek LCS, bukan siasat Rafizi

[Copy link]
Post time 8-9-2022 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Fokus skandal projek LCS, bukan siasat Rafizi

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 08 September 2022 01:02pm






Darwin Lim




GEORGETOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa fokus dalam siasatan kes skandal kapal tempur pesisir (LCS) dan hentikan segala intimidasi serta tekanan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai pemberi maklumat dalam kes skandal tersebut.

Timbalan Pengerusi Biro Guaman dan Aduan Awam PKR Pulau Pinang, Darwin Lim Chee Chien berkata, walaupun banyak buktidan maklumat telah dibekalkan oleh Rafizi, namun pihaknya mendapati tiada tindakan lanjut diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan juga seorang individu wanita yang bernama Zainab Mohd Salleh.

"Rafizi yang merupakan pemberi maklumat bagi kes ini sebaliknya disiasat dengan pantas dan telefon bimbitnya dirampas oleh pihak polis, seolah-olahnya Rafizi pula suspek yang terlibat dalam kes skandal tersebut.

"Ini jelas bahawa ada udang di sebalik batu di dalam penyiasatan kes ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Darwin Lim yang juga Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang turut menggesa polis supaya hentikan intimidasi dan penindasan terhadap Naib Ketua AMK, Atyrah Hanim yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap skandal berkenaan.

Katanya, Atyrah telah dipanggil beberapa kali oleh pihak polis untuk memberi keterangan untuk skandal projek LCS tersebut.

"Walaupun polis mempunyai kuasa untuk membuat siasatan, namun perlu diingatkan bahawa segala kuasa yang diberi kepada polis bukannya kuasa mutlak dan perlu digunakan dengan sederhana tertakluk kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu perlindungan terhadap hak kebebasan diri.

“Memandangkan kes ini melibatkan kepentingan awam, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus mengendalikan kes ini secara telus serta mengambil tindakan yang segera terhadap individu yang terlibat walaupun status individu tersebut menteri," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 1.173682 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list