CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 11

Netizen Panas Dengan Parodi Jual Buah Pinggang Untuk Beli iPhone 14

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah hantaran Facebook yang memaparkan pesanan mengenai harga telefon pintar iPhone terbaharu menjadi sasaran kecaman netizen di Thailand kerana menggambarkan keadaan individu yang seolah-olah sanggup menjual organ demi membeli peranti tersebut.


Hantaran  berasal dari Laos itu menunjukkan tiga individu memegang peranti iPhone 14 terbaharu mereka sambil menyelak sebahagian pakaian yang mendedahkan pembalut pada perut masing-masing.


“Bersetuju untuk membeli iPhone 14,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.




Tiga individu tersebut memegang peranti iPhone 14 terbaharu mereka sambil menyelak sebahagian pakaian yang mendedahkan pembalut pada perut mereka. - Matichon





Di Thailand, model telefon pintar tersebut dijual pada harga antara 41,000 baht hingga 45,000 baht (RM5,087 hingga RM5,584), harga yang dianggap mahal untuk negara tersebut.


Justeru, gambar yang dimuat naik di Facebook tersebut mencetuskan kontroversi di Thailand meskipun ia dianggap tidak lebih daripada sekadar gurauan di Laos.


Ia dikatakan dikongsikan sebagai parodi berikutan harga model terbaharu iPhone tersebut yang sangat mahal sehingga membuatkan netizen bergurau mengenai jumlah wang yang boleh diperoleh jika mereka menjual buah pinggang.


Pengarah Urusan Pusat Pendermaan Organ yang bernaung di bawah Persatuan Palang Merah Thai, Dr. Sophon Mekthon menganggap parodi tersebut tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.


Beliau menolak idea yang menyatakan bahawa berkemungkinan terdapat kegiatan menjual organ di Thailand.


Dalam masa sama, beliau turut menggelar tindakan pihak yang memberi idea kepada orang ramai untuk menjual organ demi membeli iPhone sebagai tidak bertanggungjawab.


“Tiada kegiatan menjual organ (di Thailand), ia diharamkan. Ia juga satu tindakan yang tidak wajar untuk mencadangkan agar orang ramai menjual organ mereka terutamanya untuk membeli sebuah peranti iPhone.


“Ia salah dari sudut moral dan tidak beretika,” tegasnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 02:18 PM | Show all posts
sapa yg sanggup jual tu memang tolol sungguh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:05 PM | Show all posts
batak nyaaa lah ngan ipong
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja lahhh oiiii
Takkan tu pun nak kena ajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipon je pun.. klu bkn ipon, honda plk buat modal show off
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:25 PM | Show all posts
bodohnya..
kalau takat ipong tak berbaloi.. lainla dpt duit mcm najib razak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 03:25 PM | Show all posts
jgn la beli 14, beli yg 12 pun ok dah harga
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:29 PM | Show all posts
nama pun parodi..
nak sakit hati sangat kenapa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 05:25 PM | Show all posts
parah nya masyarakat skang sampai dah boleh bezakan what is right what is real dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:37 PM | Show all posts
beli ikut telco lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Melawak tk kena tempat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:19 AM | Show all posts
LoL..
why so serious?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.088997 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list