CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 4

[Politik] ‘Bawa profesor dari langit sekali pun, kalau jentera tiada, tak guna’ – Tok Mat

[Copy link]
Post time 14-9-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) masih menumpukan kepada aspek memastikan kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan belum menyentuh mengenai isu calon dan kerusi ditandingi.

Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengarah Pilihan Raya parti, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, selepas selesai bertemu dengan jentera BN di semua negeri termasuk di Sabah baru-baru ini, persoalan mengenai siapakah calon masih belum dilihat oleh parti itu.

“Saya setakat ini melihat kesiapsiagaan parti, belum menyentuh mengenai calon, isu kerusi, saya melihat kesiapsiagaan UMNO dan BN.

“Belum lagi lihat soal itu, (calon, kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, sebab itu, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya.

“Tidak guna kita cakap soal calon, seperti saya katakan, bawa profesor dari langit sekali pun, kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban berkata demikian selepas ditemui pemberita di Program Merdeka@komuniti DUN Paroi 2022 di Dataran Senawang di sini hari ini.

Mohamad berkata, jentera BN kini bersemangat tinggi menghadapi PRU15 namun mengakui beberapa aspek perlu ditambah baik.

“Memasuki pilihan raya ini umpama memasuki peperangan, pengakhir ceritanya adalah kalah dan menang.

“Perlu bersiap sedia betul-betul dan pastikan segala gerak kerja diurus dengan terbaik supaya yang penting kami dapat memenangi pilihan raya yang bakal diadakan pada bila-bila masa yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, BN menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan PRU15.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri, membuat tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kerana beliau sahaja yang mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mohamad mengulas kenyataan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, masih ada masa untuk mengadakan PRU15 tahun ini dan perkara itu akan dibincangkan dengan lima pemimpin tertinggi parti itu. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/bawa-profesor-dari-langit-sekali-pun-kalau-jentera-tiada-tak-guna-tok-mat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Berul tu tok mat kena persiapan yg menyeluruh...no man is an island
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:15 AM | Show all posts
sembang degar2
alih2 carik tmpt paling selamat untuk bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Biaso la cakap la apo pun kalau tak monang jgn salahkan jentero pulak yo
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:40 AM | Show all posts
sembang kencang la tokmat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056759 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list