View: 540|Reply: 0
|
[Kedah]
Warga emas jatuh bumbung ke rumah jiran
[Copy link]
|
|

ANGGOTA bomba membantu mengangkat lelaki warga emas yang terjatuh dari bumbung rumah. FOTO Ihsan Bomba
Alor Setar: Pasukan bomba dipanggil untuk membantu khidmat khas seorang lelaki warga emas terjatuh dari bumbung di sebuah rumah di Taman Teratai Jingga, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.56 petang.
Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Arizal Mahmud tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"PGO Kedah menerima panggilan kecemasan daripada isteri mangsa melaporkan suaminya terjatuh daripada bumbung ke dalam rumah jiran sebelah yang berkunci.
"Setibanya di lokasi, komander operasi mengarahkan anggota masuk membuka pintu menggunakan peralatan khas dengan pemantauan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan terbaring di dalam rumah berkenaan dan anggota penyelamat mengangkat mangsa keluar dan diserahkan kepada pasukan perubatan tindakan lanjut.
"Operasi tamat pada jam 7.08 malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bung-ke-rumah-jiran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|