CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nurul Izzah mahu kekal di Permatang Pauh

[Copy link]
Post time 18-9-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Nurul Izzah mahu kekal di Permatang Pauh

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 18 September 2022 03:57pm






Nurul Izzah (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan ahli MPKK yang hadir pada majlis perjumpaan yang diadakan pada Ahad.




BAYAN LEPAS - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berharap akan kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu berkata, ketetapan itu hanya akan dibuat oleh parti sama ada mahu mengekalkannya di Permatang Pauh atau diletakkan di tempat lain.

"Saya bukan lah pemutus kata, tapi di hati ini memang teringin (untuk kekal di Permatang Pauh) tetapi sebagai seorang askar dalam parti kita hanya boleh berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana dipohon di hati.

"Saya serahkan kepada pimpinan kerana akhirnya kita nak menawarkan diri untuk menjalankan tugas dan amanah dan ia bukanlah sesuatu yang dapat kita boleh pegang selama-lamanya," katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini, pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan PKR menghadapi PRU15 dan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, Nurul Izzah berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat pada 20 September depan.

Katanya, isu pembahagian kerusi akan diselesaikan secepat mungkin sebelum menjelang Oktober.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 1.024591 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list