View: 631|Reply: 0
|
Maverick Vinales optimis tawan GP Aragon
[Copy link]
|
|
VINALES mengakui jentera Aprilia berada pada prestasi terbaik untuk mencabar kemenangan pada perlumbaan GP Aragon malam ini. – AFP
ARAGON – Pelumba utama pasukan Aprilia, Maverick Vinales optimis jentera berada pada tahap terbaik, sekali gus berpeluang untuk menamatkan penantian bergelar juara menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon malam ini.
Sebagai rekod, Vinales mula mendapat rentak bersama jentera Aprilia selepas berjaya menamatkan kedudukan podium sebanyak tiga kali pada empat perlumbaan GP terakhir musim ini.
Jaguh kelahiran Sepanyol itu percaya, keadaan jentera yang dibekalkan pasukan kini berada di tahap optimum dan sudah tentu sekarang adalah masa yang sesuai untuk mempamerkan kualiti sebenar di atas litar nanti.
“Meskipun masih terlalu awal, saya percaya selepas mengharungi sesi ujian masa yang positif, peluang untuk pasukan melakar sejarah dengan menjuarai GP Aragon nampak cerah.
“Secara jujur, saya cukup bermotivasi memandangkan prestasi kami sejak beberapa perlumbaan terakhir sangat bagus dan pasukan kami tidak lagi boleh dipandang rendah,” katanya.
Sementara itu, Vinales mengakui semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan jentera Aprilia selepas berhijrah daripada Monster Yamaha pertengahan musim lalu.
“Saya lihat banyak peningkatan sepanjang lebih setahun saya berada bersama pasukan ini dengan jentera juga semakin pantas untuk memberikan saingan kompetitif,” katanya yang mengutip 101 mata musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... is-tawan-gp-aragon/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|