CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 1

[Perlis] 2 nelayan ditahan, siput rentak seribu lebih RM7,000 dirampas

[Copy link]
Post time 20-9-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Bot bersama siput retak seribu yang dirampas Maritim Malaysia di perairan Kuala Perlis, semalam. - FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA PERLIS

KANGAR: Walaupun sudah berulang kali tindakan diambil, masih ada segelintir nelayan terus ingkar larangan menangguk siput jenis retak seribu di perairan Perlis.

Terbaharu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menahan dua lelaki dan merampas hasil laut berkenaan yang dianggarkan bernilai RM7,550 di perairan itu semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, berkata kejadian jam 6.59 petang pada sekitar kedudukan 0.9 batu nautika dari barat daya pesisir pantai Kuala Perlis, di sini.

"Bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Perlis diaturgerak ke lokasi sebaik menerima maklumat orang ramai disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis berhubung kegiatan haram bot tangguk siput retak seribu.


"Anggota kita kemudian berjaya mendekati dan menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran di kawasan berkenaan. Hasil pemeriksaan ke atas bot itu mendapati ada aktiviti menangguk siput retak seribu secara haram," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, bot berpangkalan di Jeti Kurong Tengar, Kuala Perlis itu didapati dikendalikan dua lelaki, masing-masing tekong dan awak–awak berusia 28 dan 33 tahun.

"Pihak kita kemudian menahan kedua-dua suspek termasuk bot itu serta hasil tangkapan siput yang dianggarkan bernilai RM 7,550. Rampasan dan tangkapan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a), Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikatan 1985.

Aktiviti pencerobohan kawasan perikanan bagi tujuan menangkap siput terutama siput retak seribu secara haram masih berlaku di Perlis dipercayai berikutan perairan negeri ini menjadi habitat pembiakan baka siput retak seribu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam, iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.
https://www.bharian.com.my/berit ... bih-rm7000-dirampas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 02:44 PM | Show all posts


Siput retak seribu atau lala?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 1.577141 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list