CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Kedah] Keringkan 3 kolam di Gunung Inas tidak beri apa-apa kesan - Muhammad Sanusi

[Copy link]
Post time 20-9-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Kulim: Langkah mengeringkan tiga kolam takungan air ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas, Baling, dianggap tidak akan memberi apa-apa kesan kepada persekitaran kawasan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dakwaan bahawa tiga kolam di puncak Gunung Inas menyebabkan perasaan tidak selamat dalam kalangan penduduk sekitar adalah hanya spekulasi semata-mata.

Katanya, isu bahawa kolam itu boleh menyebabkan bencana lebih besar sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi memberi gambaran tidak tepat mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Gunung Inas.


"Saya difahamkan (kolam takungan) hendak dikeringkan, saya kata bukan minta pada kerajaan negeri, tetapi kena minta izin pemilik. Kalau dibenarkan pemilik, maka boleh dikeringkan kolam.

"Saya tidak tahu secara lengkap (mengenai proses pengeringan), dimaklumkan macam itu sahaja," katanya pada sidang media selepas merasmikan kilang pembuatan sarung tangan, Mölnlycke di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi menegaskan, kolam takungan air berkenaan bukan menjadi punca utama kejadian bencana banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi pada 4 Julai lalu.

"Dikeringkan (kolam) tidak beri kesan apa-apa, ada air (di kolam) pun tidak beri kesan apa-apa. Ia hanya spekulasi dan naratif yang dibawa cuba menimbulkan rasa tidak selamat.

"Ia sengaja dibawa pihak tertentu dengan tujuan yang tidak sihat," katanya.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta mengeringkan tiga kolam takungan air sebesar gelanggang futsal itu, secepat mungkin.

Katanya, JPS akan memutuskan kaedah terbaik dalam melaksanakan proses pengeringan kerana pada masa sama, perlu melindungi kawasan perkampungan di kaki Gunung Inas.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, bencana banjir lumpur dan aliran puing menjejaskan lebih 800 penduduk dari 42 kampung sekitar Kupang dan meragut tiga nyawa di Kampung Iboi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-muhammad-sanusi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 1.345340 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list