CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAS siasat air hitam di tapak pelupusan sampah Pulau Burung

[Copy link]
Post time 21-9-2022 09:25 PM | Show all posts |Read mode
JAS siasat air hitam di tapak pelupusan sampah Pulau Burung



Oleh Nur Izzati Mohamad - September 21, 2022 @ 8:37pm  [email protected]





Keadaan air berwarna hitam yang dikesan di kolam takungan berhampiran tapak pelupusan sampah Pulau Burung. - Foto ihsan JAS Pulau Pinang




NIBONG TEBAL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang melakukan siasatan di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, selepas menerima aduan penduduk berhubung pelepasan air larut resapan dari kolam takungan berhampiran sehingga mencemar persekitaran laut.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata kejadian itu disedari penduduk setempat petang semalam yang mendapati terdapat aliran air berwarna hitam memasuki kawasan paya bakau bersebelahan seterusnya masuk ke laut.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya pada hari sama bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan sebelum mendapati aduan yang diterima berasas.

"Siasatan mendapati, terdapat beberapa batang paip dipasang pihak tertentu untuk menyalurkan sisa air larut resap (leachate) ke kawasan rezab paya bakau.

"Siasatan hari pertama terpaksa ditamatkan sekitar jam 9.30 malam atas faktor keselamatan dan disambung hari ini.

"Pihak kita melakukan pemeriksaan fizikal di tapak, penerbangan dron dan mengambil sampel di beberapa lokasi untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa serta mengambil rakaman percakapan beberapa saksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Nibong Tebal untuk siasatan sama ada terdapat unsur khianat oleh pihak tertentu dalam kejadian itu.

Sharifah Zakiah berkata, pihaknya memandang serius isu pencemaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah itu memandangkan beberapa insiden kebakaran sebelum ini menjejaskan kesejahteraan orang awam.

"Berdasarkan maklumat awal dan keterangan saksi, pelepasan air larut resapan ini dipercayai dibuat secara sengaja dan dirancang lebih awal kerana batang paip dibawa masuk, dipasang dan ditanam selepas perbuatan mereka dilaporkan kepada JAS.

"Pihak kita akan mengeluarkan satu Notis Arahan kepada pemilik tapak iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan serta kawalan pencemaran di tapak.

"Mana-mana premis yang tertakluk di bawah Perintah EIA (laporan penilaian impak alam sekitar) dan didapati gagal mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan Arahan Berhenti Kerja," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 1.638000 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list