LITAR Las Vegas menjadi tumpuan tahun depan. FOTO formula1
Paris: Formula Satu (F1) buat pertama kali memasukkan Las Vegas dalam kalendar 2023 menjadikan keseluruhan 24 perlumbaan.
Musim F1 tahun depan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan tamat di Abu Dhabi, lebih sembilan bulan kemudian pada 26 November.
Las Vegas akan menjadi perlumbaan kedua terakhir sekali gus yang ketiga di Amerika Syarikat selepas Miami dimasukkan dalam jadual musim ini.
Namun perlumbaan Las Vegas bergantung kepada kelulusan sirkit daripada FIA, badan induk sukan pemotoran.
Grand Prix (GP) China yang kali terakhir berlangsung pada 2019 dan GP Qatar di Losail yang tidak dianjurkan tahun ini kembali menjadi venue perlumbaan.
GP Perancis kali pertama dianjurkan pada 1906 yang juga GP paling tua disisihkan. Sebelum ini pada 2009 dan 2017 ia digugurkan sebelum kembali berlangsung di Le Castellet.
GP Sochi yang digugurkan tahun ini susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine terus diketepikan daripada jadual perlumbaan manakala GP Belgium dan Monaco yang sebelum ini menjadi tanda tanya dikekalkan. https://www.hmetro.com.my/arena/ ... as-venue-terbaru-f1