CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beradik bekas PM Thailand naik beca di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-9-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik bekas PM Thailand naik beca di Pulau Pinang

Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]




THAKSIN Shinawatra (kiri) dan Yingluck Shinawatra kelihatan bersiar-siar dengan menaiki beca di sekitar pusat bandar ini. FOTO ihsan Facebook




Georgetown: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra dilihat berada di sekitar pusat bandar ini sejak semalam.

Pasangan adik-beradik itu kelihatan berkunjung ke Pasar Lebuh Cecil di sini dan menikmati hidangan tempatan seperti char kuetiau, cendol, ais kacang dan rojak pasembur.

Hari ini, Yingluck menerusi laman Facebook rasminya memuat naik 16 keping foto dalam album Penang2022 yang turut memaparkan beliau dan abangnya bersiar-siar di sekitar pusat bandar dengan menaiki beca.

Mereka turut meluangkan masa merakam gambar kenangan di beberapa lokasi lukisan mural popular di negeri ini antaranya di Lebuh Armenian dan Lebuh Cannon.

"Datang ke Pulau Pinang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang," tulis Yingluck dalam hantaran tersebut.

Hantaran itu mendapat 35,000 tanda suka dan dihujani ribuan komen selain dikongsi lebih 700 kali sejak dimuat naik kira-kira dua jam yang lalu.

Thaksin, 73, dan Yingluck, 55, tampak ceria dan tidak menolak apabila diajak bergambar oleh masyarakat setempat yang kelihatan teruja melihat kemunculan mereka di sekitar tempat tumpuan pelancong berkenaan.

Thaksin merupakan Perdana Menteri Thailand sejak 2001 dan digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Manakala Yingluck adalah Perdana Menteri wanita pertama di Thailand dan berkhidmat antara 2011 dan 2014.


Disiarkan pada: September 22, 2022 @ 3:05pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 1.173372 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list