CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ubah suai motosikal bagi kegunaan 'joki' lumba haram

[Copy link]
Post time 23-9-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Ubah suai motosikal bagi kegunaan 'joki' lumba haram

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



SOFFIAN melakukan pemeriksaan ketika operasi bersepadu pemeriksaan bengkel motosikal di Tanjung Bungah. FOTO Danial Saad




Georgetown: Ada pemilik motosikal sanggup berhabis sehingga RM8,000 bagi mengubah suai motosikal mereka bagi kegunaan 'joki' dalam perlumbaan haram.

Demikian pendedahan pemilik bengkel yang enggan dikenali, ketika ditemui di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Pemilik bengkel itu berkata, ubah suai motosikal berkenaan adalah bagi memastikan keupayaan serta kelajuan kenderaan mereka dapat mengatasi pelumba lain.

Katanya, kebanyakan pemilik motosikal itu berusia 40 tahun ke atas, bekerjaya dan sudah berumahtangga.

"Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional dan sanggup melaburkan ribuan ringgit supaya motosikal mereka digunakan joki dalam perlumbaan haram.

'Ia menjadi satu kepuasan sekiranya motosikal mereka menang dalam perlumbaan itu," katanya, di sini.

Mengulas lanjut pemilik bengkel itu berkata, dia yang sudah berkecimpung dalam dunia pemotoran dan mengusahakan bengkel sejak 13 tahun lalu, sudah faham dengan kehendak pelanggan.

"Pada masa ini, motosikal jenis Yahama Y15 dan 125 Z menjadi kegilaan mat rempit.

"Golongan muda tidak mampu melaburkan duit sebanyak itu dan mereka hanya mengubah suai barang yang penting sahaja," katanya lagi.

Menurut pemilik bengkel, dia tidak tahu sama ada motosikal yang mahu diubah suai itu digunakan bagi kegiatan lumba haram atau sekadar hobi.

Dia memperoleh alat ganti tulen daripada kedai lain dan hanya mengambil upah memasang alat ganti itu.

"Bukan semua pemilik mengubah motosikal bagi tujuan lumba tetapi ada yang berbuat demikian untuk kepuasan dan hobi," katanya lagi.

Pemilik bengkel berkenaan ditemui dalam operasi bersepadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dalam operasi itu, sebanyak dua bengkel diperiksa kerana disyaki terbabit dengan kerja ubah suai motosikal bagi lumba haram dan aktiviti rempit.

Premis berkenaan adalah antara 21 bengkel di daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Selatan yang diperiksa menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di negeri ini.



Disiarkan pada: September 23, 2022 @ 10:31am



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.123294 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list