CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan kaitkan serbuan bengkel dengan isu kaum: Polis Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 23-9-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Jangan kaitkan serbuan bengkel dengan isu kaum: Polis Pulau Pinang

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 23 September 2022 02:27pm






Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 22 September 2022.




GEORGETOWN - Orang ramai diminta tidak memainkan isu perkauman terhadap tindakan polis menyerbu bengkel motosikalyang dikenal pasti membuat pengubahsuaian kenderaan itu untuk aktiviti lumba haram.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis menjalankan tugas tanpa mengira kaum ketika menyerbu kesemua bengkel motosikal yang dikenal pasti terlibat kegiatan mat rempit.

"Dakwaan kononnya polis hanya menyerbu bengkel dimiliki orang Melayu adalah tidak benar.

"Kami mengambil tindakan berdasarkan kepada risikan dan siasatan dijalankan. Tiada istilah hanya menyerbu bengkel dimiliki oleh sesetengah kaum.

"Saya mohon jangan libatkan polis dengan isu perkauman kerana kami hanya menjalankan tugas penguatkuasaan. Operasi dijalankan semalam (Khamis) adalah salah satu usaha mengekang kegiatan lumba haram," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pada Jumaat.

Sebelum itu, Mohd Shuhaily mengadakan mesyuarat mengenai perancangan strategi memerangi lumba haram peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama 13 agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tambah beliau, hasil siasatan dan risikan mendapati, kebanyakan bengkel dikenal pasti terlibat dengan kegiatan haram itu dimiliki oleh orang Melayu.

"Hasil siasatan dan risikan, memang bengkel yang dimiliki orang Melayu banyak disyaki terlibat dengan kerja pengubahsuaian motosikal untuk kegiatan lumba haram. Bukan itu sahaja, ada juga maklumat yang kami peroleh adalah daripada mat rempit sendiri.




"Sebab itu, saya kata, polis mengambil tindakan terhadap hasil risikan dan siasatan tanpa dipengaruhi faktor lain. Majoriti pelumba adalah orang Melayu,. Ini adalah kenyataan bukan kena mengena dengan polemik kaum.

"Berdasarkan statistik Januari hingga Ogos lalu ada juga empat orang Cina ditahan kerana terlibat dengan aktiviti ini, tetapi jumlah mereka adalah kecil," katanya.

Dalam operasi pada Khamis, polis memeriksa 21 buah bengkel motosikal dalam operasi khas di tiga daerah di Pulau Pinang untuk mengekang aktiviti lumba haram di negeri terbabit.

Ia melibatkan bengkel motosikal di daerah Timur Laut, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya.

"Pemilik bengkel tidak terlibat pengubahsuaian motosikal untuk kegiatan lumba haram tidak perlu bimbang.

"Polis hanya menyerbu dan mengambil tindakan terhadap bengkel yang tidak mematuhi peraturan," katanya.

Dalam pada itu kata beliau, bagi mengekang aktiviti lumba haram di Pulau Pinang, polis menubuhkan jawatankuasa kerja pencegahan dan penguatkuasaan bersama jabatan serta agensi-agensi berkaitan.

"Jawatankuasa kerja ini dipengerusikan oleh PDRM serta JPJ dan bagi jawatankuasa kerja pencegahan ia dianggotai oleh agensi serta jabatan antaranya JPJ, Jabatan Perpaduan Negeri, Universiti Sains Malaysia (USM), Pejabat Mufti Pulau Pinang dan sebagainya.

"Penguatkuasaan pula dianggotai oleh JPJ, PBT, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan lain-lain. Tujuan utama jawatankuasa kerja ini adalah memastikan aktiviti lumba haram dapat dibanteras di Pulau Pinang," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.186064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list