CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Buat macam parkir sendiri!

[Copy link]
Post time 26-9-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

SIKAP pentingkan diri sendiri sesetengah penduduk meletakkan pelbagai barangan di tapak parkir pangsapuri mengundang masalah kepada penghuni lain. FOTO DANIAL SAAD

Bukit Mertajam: Meletakkan pelbagai objek antaranya kon, kerusi, pasu bunga, penyidai baju dan tong sampah di kawasan parkir tanpa memikirkan perbuatan itu sebenarnya menyalahi undang-undang.

Itu situasi 'cop' parkir yang dapat dilihat ketika tinjauan diadakan di beberapa pangsapuri sekitar Bandar Perda di sini hingga rata-rata penduduk yang ditemui muak untuk mengajukan permasalahan berkenaan berikutan tiada penyelesaian yang dapat diambil sehingga hari ini.

Lebih buruk, apabila ada penduduk berang selepas menerima teguran dengan melakukan perkara di luar jangka yang akhirnya menyebabkan masalah itu sukar ditangani bahkan menjadi semakin tidak terkawal.


Penduduk yang mahu dikenali sebagai Mizi, 30-an berkata, sebagai individu yang baharu menyewa di sebuah pangsapuri di sini, dia lebih rela meletakkan kenderaan jauh dari kediamannya kerana tidak mahu timbul persengketaan antara jiran sekelilingnya.

"Budaya 'cop' parkir ini kebanyakannya dilakukan oleh penduduk asal yang sudah lama tinggal di pangsapuri ini dan mereka tidak mahu letak kenderaan jauh dari kediaman mereka.

"Jadi, mulalah letak macam-macam objek untuk halang kenderaan lain masuk yang sebenarnya bagi saya amat menjengkelkan, tetapi apa boleh buat kerana tidak mahu bergaduh maka terpaksa pejam mata sahaja.



"Selalunya penduduk yang baharu terpaksa akur dengan keadaan seperti ini walaupun kami rasa tidak sepatutnya memandangkan kami juga bayar kos penyelenggaraan sama seperti penduduk asal," katanya.

Jelasnya, pihak perbadanan pengurusan (MC) juga sudah beberapa kali mengambil tindakan dengan memberikan surat dan notis.

Bahkan tindakan mengangkat semua objek yang diletakkan di kawasan parkir juga dilakukan namun segelintir penduduk tetap berdegil.

"Saya dimaklumkan ada juga yang pernah bertindak di luar jangka dengan memecahkan cermin kereta dan memancitkan tayar kereta salah seorang pihak pengurusan di sini kerana berang mengangkat keluar objek yang mereka (penduduk) letak.

"Mereka (MC) memang bekerja dan maklumkan 'cop' parkir ini adalah satu kesalahan, tetapi entahlah mungkin sebab 'besar kepala' jadi ada yang buat endah tidak endah, akibatnya masalah ini tidak dapat diselesaikan bahkan terus berleluasa," katanya.

Dalam pada itu, Mizi berkata, tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil dengan segera untuk mengatasi isu berkenaan.

"Saya tahu mungkin sekarang susah untuk menjalankan penguatkuasaan kerana masing-masing hidup berjiran dan beginilah suasana yang perlu ditempuh dalam kehidupan pangsapuri.

"Tetapi jika tidak ada penguatkuasaan lebih tegas sampai bila pun masalah ini sukar untuk diatasi apatah lagi kesalahan ini sudah termaktub dalam undang-undang yang jika dilaksanakan pasti penduduk akan akur," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... acam-parkir-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 1.605431 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list