CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Kedah] Bomba Pokok Sena jana pendapatan dengan pelbagai tanaman sekitar balai

[Copy link]
Post time 26-9-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

ALOR SETAR: Projek tanaman tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena di sini, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu kini membuahkan hasil dan memberi hasil yang menguntungkan.

Ketua BBP Pokok Sena selalu penyelaras projek itu, Azrul Musa, berkata tanaman seperti tebu, pelbagai jenis pisang termasuk pisang nangka, berangan, emas dan tanduk yang diusahakan di belakang balai seluas satu hektar itu yang sudah dua kali membuahkan hasil dan dijual kepada orang ramai.

Beliau berkata, dia bersama anggotanya yang bertugas bergilir mengikut syif setiap hari akan melakukan aktiviti berkebun sekiranya ada masa lapang dan tiada operasi dilakukan.

"Selain itu, kami turut menanam pokok durian musang king, D24, tangkai pangjang, pokok durian belanda, petai, pokok cempedak, matoa (Kristal Sarawak, pokok rambutan, manggis, kelapa pandan, ciku, limau kasturi, jambu batu yang menunggu masa untuk matang.


"Tanaman lain seperti pokok buah tampoi, pokok jentik, pokok bidara mulberi, dokong pula masih di peringkat tumbesaran," katanya ketika ditemui di BBP Pokok Sena, di sini hari ini.

Azrul berkata, mereka turut menanam sayur-sayuran seperti terung, kangkung, pegaga, serai, kantan, cili, salad, sawi, kunyit dan pokok daun kuchai di kawasan tepi balai.

Katanya, selain itu, pokok tananam herba seperti misai kucing, cekur, temulawak, belalai gajah, lengkuas hitam, pokok tetulang, pokok geli-geli, bisa ular, pudina, selasih, kunyit hitam dan mahkota sewa turut ditanam di kawasan bangsal di bahagian belakang balai.

"Setakat ini sayur-sayuran dan tanaman herba yang ditanam di kawasan balai hanya untuk kegunaan sendiri anggota BBP Pokok Sena untuk dimasak bersama pasukan mengikut syif setiap hari selain jualan di kalangan mereka.

"Wang yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam tabung dana balai bagi kegunaan aktiviti yang kami lakukan selain pusingan modal untuk membeli baja, benih pokok dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, pokok tebu yang sudah matang turut memberi hasil lumayan kepada mereka apabila mampu menjual air minuman tebu di dalam bekas 500 milliliter (ml) atau 1.5 liter dengan harga yang berpatutan.

Katanya, pisang nangka dan udang merah pula akan disagat, dikering dan digoreng untuk penghasilan kerepek pisang yang kemudian dijual di kalangan anggota sendiri.

"Tanaman anggur dan buah markisa kami usahakan juga sudah berbuah dan boleh diambil hasilnya dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

"Selain itu kami turut memelihara ikan puyu, talapia, keli di kolam serta longkang di kawasan balai untuk menikmati hasil bersama di kalangan kami," katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, setakat ini terdapat 15 BBP di negeri ini menjalankan projek tanaman dalam bandar untuk kegunaan anggota di balai berkenaan selain dana keperluan untuk mereka.

Beliau berkata, antara BBP terbabit dengan projek tanaman dalam bandar adalah Alor Setar, Sik, Kuala Nerang, Jitra, Pendang, Pokok Sena, Yan, Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani, Serdang, Kulim Hi-Tech, Aman Jaya dan Guar Chempedak dan Kulim.

"Mereka turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai Jabatan Pertanian di daerah masing-masing berkaitan penjagaan tanaman dari rosak dan sebagainya.

"Saya menyokong penuh segala usaha yang dilakukan setiap pegawai dan anggota BBP di negeri ini yang mengusahakan tanaman masing-masing malah mereka cuba mencari identiti tersendiri dengan penghasilan tanaman dengan menggunakan keluasan tanah yang ada kerana ada yang menanam tembikai, strawberi, jagung, tanaman sayuran hidroponik dan sebagainya selain menternak arnab dan kelulut," katanya.


Pengarah Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon (kanan) bersama Timbalannya, Syufa'at Kamaron (kiri) serta pegawai dan anggota BBP Pokok Sena dengan hasil pisang udang merah yang kawasan kebun diusahakan di belakang balai berkenaan
https://www.bharian.com.my/berit ... gai-tanaman-sekitar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.358570 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list