View: 1383|Reply: 0
|
Minat dekat usahawan PKS
[Copy link]
|
|
Minat dekat usahawan PKS
MELALUI penglibatan B2B, PKS akan dapat meneroka peluang untuk mengeksport barangan dan ramuan halal ke Australia.
Kuala Lumpur: Integriti Malaysia dalam ekonomi dan industri halalnya telah menarik minat syarikat-syarikat Australia untuk melibatkan diri dengan usahawan Malaysia, kata Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Ketua Pegawai Komersial Adly Mohamed berkata beberapa syarikat Australia telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan HDC bagi mendekati usahawan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia selain memanfaatkan keupayaan perniagaan masing-masing.
"HDC akan membuka laluan untuk pemain atau peserta industri halal terutamanya PKS untuk dihubungkan ke senarai syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk dari Australia melalui Platform Bersepadu Halal (HIP).
"Syarikat-syarikat Australia juga berminat untuk bekerjasama dengan HDC terutama menerusi penglibatan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) lain dengan PKS tempatan kami," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Melalui penglibatan B2B ini, Adly berkata PKS Malaysia akan dapat meneroka peluang untuk mengeksport barangan dan ramuan halal (untuk industri makanan dan bukan makanan) termasuk barangan siap halal dan produk separa diproses ke Australia untuk pengeluaran dan pengedaran produk yang diperakui halal.
"Saya percaya PKS kami juga akan berpeluang untuk mengakses pasaran halal yang berpotensi di Asia Pasifik melalui perkongsian kami dengan mereka, sekali gus dapat mengembangkan jejak perniagaan global kami secara lebih meluas," katanya.
Selain daripada menyediakan peluang untuk PKS tempatan menembusi dan memanfaatkan pasaran Australia, HDC turut bekerjasama dengan Majlis Penyelarasan Islam Victoria (ICCV), iaitu badan pensijilan halal yang terkenal di Australia melalui Program Perantis Halal (HAP) HDC.
Melalui HAP, HDC dijangka dapat menyediakan penempatan kerja untuk 200 bakat Malaysia dalam dua bidang khusus iaitu penyembelihan haiwan dan teknologi makanan.
"Kami menghantar bakat kami ke Australia supaya mereka boleh mengkaji pasaran Australia dan teknologinya dalam tempoh dua tahun.
"Apabila mereka kembali ke Malaysia, mereka akan dapat berkongsi pengalaman semasa bekerja dan pengetahuan berkaitan teknologi," katanya.
Menurutnya, kerjasama itu akan mewujudkan tenaga kerja yang sangat berkemahiran tinggi
Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... -dekat-usahawan-pks
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|