CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 3

Dah setahun menanti, bersyukur harap dapat tahu kebenaran!

[Copy link]
Post time 30-9-2022 09:59 PM | Show all posts |Read mode
'Alhamdulillah, ...lebih setahun saya tunggu untuk perbicaraan ini'

TENOM: Pendakwah Ebit Lew yang sedang melalui perbicaraan kerana pertuduhan melakukan gangguan seksual, bersyukur kerana baginya prosiding mahkamah adalah tempat terbaik mencari kebenaran.

"Alhamdulillah, ...syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.

"Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran. Mahkamah adalah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti apa sahaja perkara pasti akan ditolak," kata Ebit, 37, atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew ketika ditemui selepas selesai hari terakhir sesi perbicaraan, hari ini.

Ditanya mengenai perasaannya sepanjang perbicaraan selama empat hari di Mahkamah Majistret Tenom, Ebit memaklumkan beliau tetap berasa sedih kerana perlu melalui perkara seumpama itu.

"Sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan Sabtu esok sahaja sampai habis tetapi bukan saya yang tentukan.

"Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti tarikh paling awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu kerana tarikh mereka penuh disebabkan pendakwa raya dari Putrajaya.

"Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember," katanya.

Terdahulu, Majistret Nur Asyraf Zolhani memberitahu prosiding hari keempat ditangguhkan dan akan disambung semula pada 20 hingga 22 Disember depan.

Ebit Lew pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2022 10:00 PM | Show all posts

Ebit ketika keluar dari Mahkamah Majistret Tenom selepas hari terakhir prosiding perbicaraan tuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. - Foto NSTP/Yun Mikail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 10:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 10:05 PM | Show all posts
Bersyukur lah banyak2 kalau menang pun... video menumbuk sambal tetap ada dan tidak boleh hilang di dalam ingatan netizen2... silap2 ada yang tiru dan improvise buat sambal belacan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.346726 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list