CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 1

[Pulau Pinang] JKM Pulau Pinang lakukan simulasi di 'hotspot' banjir

[Copy link]
Post time 2-10-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode
JKM Pulau Pinang lakukan simulasi di 'hotspot' banjir

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]





Balik Pulau: Seramai lebih 200 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang bersiap sedia menghadapi bencana banjir akibat monsun timur laut yang dijangka November depan.

Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib berkata, setakat ini pihaknya sudah membuat persediaan daripada segi kelengkapan dan tenaga sukarelawan bagi menghadapi keadaan sebenar.

Katanya, pada masa ini, terdapat keseluruhan 283 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pulau Pinang bagi menempatkan seramai 111,000 orang.

"Jika berlaku bencana, kesemua kakitangan JKM akan terbabit bagi memberi bantuan kepada mangsa.

"Di Pulau Pinang memang banyak kejadian banjir kilat dan kita juga perlu bersedia dengan kemungkinan lain seperti tanah runtuh dan ribut.

"Sebanyak 55 lokasi 'hotspot' di negeri ini berpotensi berlaku banjir jika hujan berlaku di luar jangka," katanya kepada pemberita di Program Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di PPS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini, hari ini.



PROGRAM Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 di SMK Pondok Upeh turut membabitkan pelbagai agensi. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Program membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut mengukur tahap kesiapsiagaan kesemua yang terbabit terutama kakitangan baharu.

Turut menjadi tumpuan pada program itu adalah kecekapan kakitangan dari unit kaunselor menenangkan mangsa terutama kanak-kanak dan wanita hamil.

Malah kakitangan terbabit juga dapat menenangkan mangsa dengan simptom kurang waras yang tidak mahu tinggal di PPS dan bertindak mahu pulang ke rumah.

Menurut Zakaria lagi, simulasi berkenaan berlangsung dengan lancar namun ia akan diteliti semula bagi dilakukan penambahbaikan.

Katanya, di daerah Barat Daya, terdapat sebanyak 27 PPS yang boleh menampung seramai 5,100 mangsa.

"Tumpuan turut diberi di daerah ini kerana ia dikenal pasti sebagai kawasan paling berisiko bencana banjir.

"Kita ambil pengajaran daripada pengalaman lalu yang mana pernah berlaku banjir di Teluk Bahang, menyebabkan jalan perhubungan terputus," katanya.




Disiarkan pada: Oktober 2, 2022 @ 2:58pm


sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2022 08:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list