View: 313|Reply: 0
|
[Kedah]
Pekerja kilang pengsan terhidu gas bocor
[Copy link]
|
|

JENTERA bomba yang berada di lokasi sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah untuk melakukan operasi penyelamatan berikutan kebocoran gas ammonia yang berlaku. FOTO Bomba
Alor Setar: Seorang pekerja sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah di sini ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu gas ammonia bocor.
Mangsa bagaimanapun diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebocoran gas di lokasi berkenaan pada jam 6.18 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zulkifli Abd Azis tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setibanya di lokasi kejadian Komander Operasi melakukan pemantauan di kawasan itu dan mendapati terdapat bau gas yang dipercayai gas ammonia yang sangat kuat di situ.
"Beliau kemudian mengarahkan anggota memakai alat pernafasan dan membuka satu aliran hos serta membuat 'fire curtain' bagi menghampiri kawasan kilang bagi mengenal pasti punca kebocoran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Maryudi Md Kassim, 43, tidak sedarkan diri di kawasan kilang dan berjaya dibawa keluar untuk diberikan rawatan awal.
Beliau berkata, pasukan dari Unit Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Kulim Hitech dipanggil untuk membantu selain polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa kemudian dihantar ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini kerja-kerja pemantauan sedang dilakukan oleh pihak HAZMAT di lokasi kejadian, " katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-terhidu-gas-bocor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|